Skip to main content

Hiburan

Kak KM & Kak Nona Berbaik, Normah Damanhuri Luah Rasa Syukur - “Alhamdulillah, Akhirnya Anak-Anakku…”

Normah Damanhuri

Sekilas

  • Normah Damanhuri bersyukur apabila dua anaknya, Kak KM dan Kak Nona, kembali berbaik selepas lama berselisih faham.
  • Normah berterima kasih kepada semua yang mendoakan agar hubungan dua beradik itu pulih sempena bulan Ramadan.
  • Video menunjukkan Kak Nona meluru ke arah Kak KM dan mereka berpelukan sambil berlinangan air mata, menamatkan desas-desus hubungan renggang akibat salah faham perniagaan.

Pelakon, Normah Damanhuri meluahkan rasa syukur selepas dua anaknya, Kak KM dan Kak Nona kembali berbaik selepas sekian lama berselisih faham.

Menerusi komen yang ditinggalkan, Normah memaklumkan dia berasa sangat seronok melihat dua anaknya itu saling berpelukan dan berbaik di bulan Ramadan yang mulia.

Normah turut menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang tidak henti-henti mendoakan agar hubungan dua beradik itu kembali pulih seperti sedia kala.

“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah
akhirnya anak-anakku berpelukan kembali seperti biasa.

“Kepada semua rakyat Malaysia yang telah mendoakan anak-anak Kak Normah bersatu kembali di bulan yang mulia ini, Kak Normah ingin mengucapkan banyak terima kasih dan semoga doa-doa yang baik itu akan kembali pada semua yang mendoakan,” luahnya.

Pada Ahad, tukar satu video pendek yang merakamkan kehadiran Kak Nona ke rumah Kak KM.

Lebih menyentuh hati, Nona terus meluru ke arah adiknya sebelum mereka berdua berpelukan erat dan berlinangan air mata.

 Sebelum ini, timbulnya desas desus mengatakan hubungan Kak KM dan Kak Nona dikatakan renggang selepas berlakunya salah faham melibatkan perniagaan.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Must-Watch Video

Advertisement