Skip to main content

Viral

"It’s Okay... Semua Orang Ada Pandangan" - Syafiqah Aina Tampil Pertahan Suami Selepas Terima Kecaman Netizen

Astro Gempak aina hafiz

Sekilas

  • Syafiqah Aina mempertahankan suaminya, Hafiz Mahamad, selepas menerima kritikan dan hinaan di media sosial.
  • Seorang pengguna Threads memuji cara Hafiz melayan Syafiqah dengan baik, menyebabkan Aina kelihatan lebih tenang dan bahagia.
  • Aina membalas komen dengan positif dan menyerahkan segala penilaian kepada Tuhan sambil berharap suaminya terus dilindungi.

Usahawan dan pempengaruh Syafiqah Aina tampil mempertahankan suaminya, Hafiz Mahamad selepas seorang netizen mempersoalkan individu yang sering mengkritik dan menghina usahawan itu di media sosial.

Perkara tersebut bermula apabila seorang pengguna Threads memuji cara Hafiz melayani isterinya selain menyifatkan Syafiqah Aina kelihatan lebih tenang, bahagia dan berseri sepanjang perkahwinan mereka.

“Lelaki yang hina-hina Hafiz Mahamad tu insecure ke macam mana dia mewahkan Syafiqah Aina?

“Tengok Aina ni dari zaman bercinta dengan Hafiz sangat relaks, tenang dan makin cantik. Sebab Hafiz jadi lelaki yang menyediakan, melindungi dan menyayangi,” tulis individu tersebut.

Bagaimanapun, Aina memilih untuk membalas komen berkenaan dengan nada positif tanpa menyalahkan mana-mana pihak yang mempunyai pandangan berbeza.

“Awhh. It’s okay. Semua orang ada pandangan, pendapat dan penerimaan masing-masing kan.

“Terima kasih jadi manusia yang baik dengan pilih untuk pandang dengan cara yang baik dan positif,” tulisnya.

Menurut Aina, dia bersyukur walaupun masih ada individu yang tidak menyukai atau mengkritik mereka di media sosial.

“Aina syukur, even if ada yang tak suka atau menghina pun, bukan sebab perbuatan Hafiz buat jahat atau aniaya orang lain.

“That’s more than enough. The rest, kerja Allah,” katanya.

Dalam masa sama, Aina menyerahkan segala penilaian kepada Tuhan selain berharap suaminya terus diberikan kekuatan dan dipelihara daripada perkara tidak baik.

“Allah nampak, Allah tahu dan Allah buat kerja Dia hehe.

“Doakan Aina dan Hafiz yang baik-baik selalu tau,” tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Must Watch Video

Advertisement