Sekilas
- Janna Nick mengakui dia bukan selebriti sombong, sebaliknya kurang keyakinan diri dan lebih selesa tampil sederhana di luar waktu kerja.
- Dia jarang menghadiri event besar kerana sukar menyesuaikan diri dengan dunia glamor dan merasakan ia sesuatu yang 'fake' dan memenatkan.
- Janna juga berkongsi setiap individu ada personaliti berbeza dalam penampilan, dan dia sendiri tidak pandai bergaya seperti selebriti lain.
Pelakon, Janna Nick mengakui dia bukanlah seorang selebriti yang sombong sebaliknya mempunyai kurang keyakinan diri.
Menurut Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner, jika diluar waktu bekerja dia lebih selesa tampil sederhana dan tidak terlalu menitikberatkan penampilannya.
“Siapa artis sombong? Siapa artis insecure? Saya. Saya jenis bersiap bila kena kerja saja. Kalau tak kerja, memang selekeh dan tak glamor langsung. Baju pun ulang pakai. Jadi bila keluar berjalan dan orang kenal saya, saya jadi malu.
“Kalau orang tak tegur, saya anggap mereka tak kenal saya. Kalau nampak artis pakai topi, hoodie, facemask atau sunglasses, itu bukan sombong, itu sebenarnya tak bersiap,” jelasnya.
Dalam masa sama, Janna turut mengakui dirinya sukar untuk menyesuaikan diri dengan dunia glamor sejak awal pembabitannya dalam industri hiburan.
“Dari awal saya masuk industri, memang saya tak boleh masuk dengan dunia glamor. Dah cuba banyak kali, tapi rasa fake. Penat! Sebab itu saya jarang pergi event besar kalau tak ada kerja,” katanya lagi.
Tambahnya, setiap individu mempunyai personaliti berbeza, termasuk dalam soal penampilan dan gaya hidup.
“Ada orang memang jenis suka melawa, rajin bersiap dan pandai styling, contohnya Rozita Che Wan, sentiasa nampak cantik. Saya pula tak pandai, memang gagal teruk,” selorohnya.