Skip to main content

Viral

Isteri Menangis, Prince Syed Tarik Balik Laporan Polis Terhadap Keluarga Mentua - "Saya Nak Berbaik Saja, Yang Muda Hormati Tua"

Astro Gempak prince syed

Sekilas

  • Prince Syed menarik balik laporan polis terhadap keluarga mentuanya untuk menamatkan persengketaan menjelang Aidilfitri.
  • Keputusan itu dibuat tanpa pengetahuan isteri dan menyebabkan reaksi terkejut serta sebak daripadanya.
  • Prosiding mahkamah terhadap keluarga mentua dan ipar akan diteruskan seperti dijadualkan pada 21 April nanti.

Usahawan dan pempengaruh sensasi, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman atau dikenali Prince Syed menarik semula laporan polis dibuat terhadap keluarga mentuanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada Isnin.

Prince Syed, 34, berkata, tindakan itu dibuat kerana enggan membiarkan isu membabitkan dirinya dan keluarga mentuanya berlarutan.

Katanya, ia keputusan terbaik dan isyarat dia mahu menamatkan persengketaan dengan keluarga mentua terutama menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

"Saya malas nak panjangkan cerita dan ambil keputusan tarik balik laporan polis kerana enggan ada persengketaan lagi dengan keluarga mentua.

"Nak berbaik saja, tak nak ada isu di kemudian hari... bagi saya, yang muda kena menghormati yang tua sama ada kita betul atau salah.

"Orang lempar apa pun, saya bagi bunga. Apa yang berlaku sebelum ini dugaan keluarga kami dan keputusan dibuat ini hadiah raya paling besar serta bermakna buat keluarga mentua," katanya kepada Harian Metro.

Prince Syed berkata, keputusan itu dibuat tanpa berbincang dengan isteri, Syazwani Ishak, 28, yang hanya tahu sebaik tiba di balai polis.

"Isteri tak tahu, sebelum keluar tadi saya solekkan dia dan tanya nak ke mana.

"Saya kata nak ajak dia ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) Kuala Lumpur untuk berbelanja keperluan raya.

"Tapi selepas siap semua, saya memandu ke balai polis dan dia terkejut kenapa ke situ dan tertanya apa kesalahan dibuat.

"Isteri nampak 'cuak' (takut) dan bila beritahu pegawai polis saya nak tarik laporan polis terhadap keluarganya, isteri terkejut kemudian menangis," katanya.

Menurutnya, dia akan ke mahkamah pada satu tarikh yang akan ditetapkan untuk melakukan akuan bersumpah.

"Tapi difahamkan, prosiding keluarga mentua dan ipar pada 21 April depan akan diteruskan seperti yang dijadualkan," katanya.

Pada 14 November lalu, ibu bapa mentua dan adik ipar Prince Syed iaitu Aminah Haniffa, 56, Ishak Saif, 60, juga Muhammad Ikhwan Alif Ishak, 23, didakwa di Mahkamah Majistret, dekat sini.

Tiga beranak itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan Prince Syed.

Mengikut kertas pertuduhan, Aminah, Ishak dan Muhammad Ikhwan Alif didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Prince Syed di Jalan Bertih Laut 5/KS3, Sungai Bertek, di sini jam 2.58 petang pada 2 November lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM1,500 kepada setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Sementara itu, di mahkamah sama, Muhammad Syahmi Faiz, 32, yang juga abang ipar Prince Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan cara memecahkan cermin kenderaan Proton X70 milik adiknya, Fatin Syazwani Ishak, 27, dan menyebabkan kerugian RM560.

Pengakuan dibuat di hadapan Majistret Siti Zubaidah Mahat.

Sumber: Harian Metro

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Dr Cardin Women Lush Heels 1.5 inch L RPJ 9222

Dr Cardin Women Lush Heels 1.5 inch L RPJ 9222

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

Nike Swoosh Printed T-Shirt Dress Children's - Black

Nike Swoosh Printed T-Shirt Dress Children's - Black

Fara Deluna x Fatimah Zahra Dr Cardin Women Lush Lumer I Satin I Glossy I L RIB 9362

Fara Deluna x Fatimah Zahra Dr Cardin Women Lush Lumer I Satin I Glossy I L RIB 9362

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

Must-Watch Video

Advertisement