Skip to main content

Hiburan

“Ingat Mal, Sabar Itu Hadiah Terindah” - Aidid Marcello Titip Pesanan Buat Kamal Adli

Aidid Marcello

Sekilas

  • Aidid Marcello berkongsi swafoto bersama Kamal Adli di TikTok dan menganggap Kamal sebagai sahabat walaupun hubungan mereka tidak terlalu rapat.
  • Aidid mengajak orang ramai mendoakan agar urusan Kamal dipermudahkan dan memberi semangat kepadanya dalam menghadapi dugaan.
  • Dia juga menitipkan pesanan kepada Kamal untuk bersabar dan yakin bahawa yang baik-baik sahaja akan datang.

Perkongsian swafoto Personaliti televisyen popular, Aidid Marcello dengan pelakon Kamal Adli menjadi perhatian netizen di laman sosial. 

 

Menerusi perkongsian di TikTok Aidid berkata biarpun hubungan mereka tidak serapat mana namun dia mengenali personaliti Kamal sebagai seorang sahabat. 

 

Selain itu, Aidid turut mengajak semua orang untuk mendoakan pelakon drama ‘Bahagia Yang Tertangguh’ ini dipermudah segala urusan. 

 

“Mula-mula fikir nak simpan saja gambar ini tapi fikir balik, sepanjang aku kenal kawan aku ini lebih 20 tahun, aku kenal personaliti dia sebagai sahabat walaupun tak rapat gila. 

 

“Aku nak korang semua yang baca ini, doakan sahabat kita ni baik-naik saja. Semoga dipermudahkan semua urusan dan perjalanan dia,” kongsinya. 

 

Pada perkongsian yang sama, Aidid turut menitipkan pesanan kepada suami aktres Uqasha Senrose itu untuk bersabar dengan segala dugaan yang menimpa.

 

“Ingat Mal, sabar itu hadiah terindah,. InsyaAllah yang baik-baik saja sahabatku,” katanya lagi. 

 

Sumber - TikTok Aidid Marcello

Must-Watch Video

Advertisement