Skip to main content

Selebriti

Hanya Satu Video Sehari, Khairul Aming Janji ‘Tak Menekan-Nekan’ Resipi Raya - “Cikgu Pun Nak Keluar Jumpa Kawan Juga”

Khairul Amjng

Sekilas

  • Khairul Aming akan mula berkongsi kandungan dan sajian khas Aidilfitri termasuk menu raya, kuih raya, dan hidangan untuk rumah terbuka.
  • Khairul Aming merancang untuk memuat naik hanya satu video sehari sepanjang musim perayaan tersebut.
  • Netizen menunjukkan keterujaan menantikan resipi dan kandungan raya yang bakal dikongsi oleh Khairul Aming.

Pencipta kandungan masak terkenal dan pemilik restoran Rembayung, Khairul Aming memaklumkan akan mula beralih kepada kandungan serta sajian bersempena musim perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Menurut Khairul Aming, perancangan itu termasuklah penyediaan menu raya, kuih raya serta cadangan hidangan untuk majlis rumah terbuka.

“Tidak lama lagi kita akan mula beralih ke menu raya, dan itu termasuklah kuih raya, menu open house dan sebagainya,” maklumnya menerusi hantaran di platform Threads.

Bagaimanapun kata Khairul Aming, untuk kandungan raya, dia hanya akan memuat naik sehari satu video sahaja.

“Cuma satu video sehari jangan risau. Cikgu pun nak keluar jumpa kawan jugak,” coretnya.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan rasa tidak sabar untuk mengetahui resipi yang bakal dikongsi selain terhibur dengan penulisan Khairul Aming.


Sumber: Threads @khairulaming

Anda mungkin berminat dengan

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

Seaways All-purpose Cleaner Cleaning Spray (500g)

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Genki! Regular Tape Diapers Baby - Size NB (28's)/S (28's)/M (24's)/L (20's)/XL (18's)

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement