Skip to main content

Selebriti

Hanya Ingin Beri Kesedaran, Meerqeen Tiada Niat Ambil Tindakan Terhadap Individu ‘Kutuk’ Di Media Sosial - “Saya Tak Marah…”

Meerqeen tak marah

Sekilas

  • Pelakon Meeqeen tidak berniat mengambil tindakan lanjut terhadap individu yang mengkritiknya secara terbuka di media sosial.
  • Dia menerima mesej peribadi daripada individu tersebut dan memilih untuk memberi kesedaran tanpa menyimpan dendam.
  • Meeqeen memaafkan dan melupakan perkara itu tanpa memperbesarkannya, walaupun kritikan individu itu terhadap dirinya menjadi tular.

Pelakon, Meeqeen tidak berniat untuk mengambil tindakan lanjut terhadap seorang individu yang mengkritiknya secara terbuka di media sosial.

Menurut Merqeen, dia sebenarnya telah membaca hantaran berkenaan di platform Threads sebelum individu tersebut menghubunginya secara peribadi menerusi mesej langsung (DM).

Malah kata Meerqeen, tindakan individu berkenaan yang berani menghubunginya secara peribadi dengan nada sedemikian membuatkan dia merasakan isu tersebut perlu diberi perhatian.

“Saya rasa apa dia buat itu adalah salah satu benda yang saya rasa tiada keperluan. Ya, saya baca hantaran di Threads itu sebelum dia DM (direct message) saya,” katanya ketika ditemui Gempak.

“Tetapi ‘the audacity’ dia DM saya dan cakap sedemikian membuatkan saya rasa macam ‘kalau saya tak cakap apa-apa, mungkin orang akan rasa perkara itu okay untuk semua orang buat,” jelasnya.

Bagaimanapun, Meerqeen menegaskan dia tidak menyimpan perasaan marah atau dendam terhadap individu tersebut, sebaliknya tindakannya bersuara adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.

“Saya tak marah, tak ambil hati tapi saya buat benda itu untuk kesedaran orang ramai.

“Untuk saya, semua orang tahu yang saya akan tutup mata sahaja dengan komen-komen negatif terutamanya tentang diri saya.

“Mana yang negatif tetapi yang membuatkan saya rasa sedar diri saya akan ambil, dan saya tak akan memberikan apa-apa reaksi (di media sosial),” ujarnya.

Mengulas lanjut, Meerqeen berkata dia memilih untuk memaafkan dan melupakan perkara tersebut tanpa memperbesarkannya.

“Semua tahu yang saya ini jenis orang yang kalau saya baca, saya baca, saya lupakan dan saya maafkan.

“Saya bukan seorang yang nak ambil tindakan untuk apa-apa kesalahan orang lain terhadap saya,” katanya.

Terdahulu, Meerqeen mencuri perhatian ramai apabila berkongsi tangkap layar perbualan mesej yang diterima daripada seorang individu yang dipercayai mengkritiknya secara terbuka di laman sosial Threads sebelum ini.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, perbualan tersebut memaparkan individu berkenaan tampil memohon maaf selepas menyedari kenyataannya terhadap Meerqeen tular dan menerima reaksi ramai.

Sebelum itu, individu sama dipercayai pernah memuat naik satu hantaran di Threads yang mengkritik Meerqeen secara terbuka.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement