Skip to main content

Hiburan

Haliza Maysuri Luluh, Ajak Wanita Dipukul Suami Kerana Mengidam Datang Ke Rumah - “Kalau Ibu Nampak Posting Ini, Marilah Saya Masakkan Ayam Gepuk”

Haliza Maysuri

Sekilas

  • Usahawan dan pempengaruh Haliza Maysuri meluahkan rasa sedih selepas membaca berita seorang wanita hamil yang dipukul suami kerana mengidam ayam gepuk.
  • Haliza menjemput wanita tersebut datang ke rumahnya dan menawarkan untuk menyediakan ayam gepuk sebagai tanda sokongan dan kasih sayang.
  • Netizen turut terharu dengan niat baik Haliza yang mahu membantu mangsa dalam situasi sukar itu.

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Haliza Maysuri meluahkan rasa terkilan apabila membaca berita mengenai seorang wanita hamil yang didakwa dibelasah suami hanya kerana mengidam makan ayam gepuk.

Menerusi ciapan di Threads, Haliza mengakui hatinya berasa luluh saat membaca berita tersebut.

Sehubungan dengan itu, Haliza mempelawa wanita yang menjadi mangsa pukul tersebut untuk datang ke rumahnya malah, turut menawarkan diri untuk menyediakan juadah tersebut buat mangsa.

“Allahuakbar… sedihnya baca. Ibu mengandung cuma teringin ayam gepuk,tapi dibalas dengan pukul dan dicekik. Mana perikemanusiaan?

“Kalau ibu ni nampak post ni,marilah datang rumah saya. Saya masakkan ayam gepuk. Boleh makan sekali dengan menantu saya, yang memang suka ayam gepuk sejak dia mengandung cucu pertama saya,” ciapnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu terhadap niat murni Haliza yang ingin memenuhi permintaan seorang ibu yang sedang hamil.

Pasa Isnin, berita melaporkan mengenai seorang wanita yang teruk dibelasah suami hanya kerana mengidam untuk memakan ayam gepuk.

Bukan sahaja dipukul malah wanita itu didakwa turut dicekik oleh lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung kepadanya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Must-Watch Video

Advertisement