Baru meraikan ulang tahun pertama percintaan awal Oktober lalu, El Rumi tidak menunggu lebih lama untuk melangkah ke fasa lebih serius dengan kekasih, Syifa Hadju.
Dengan romantis, anak kedua Ahmad Dhani hasil pernikahan pertama bersama Maia Estianty itu melamar pelakon muda tersebut menjadi tunangnya di Switzerland.
Advertisement
Aksi lamaran yang memperlihatkan El Rumi berlutut memberi cincin kepada Syifa dengan berlatar belakang gunung yang cantik dipamerkan di Instagram.
Lamaran itu diterima penuh bahagia oleh Syifa.


Di tempat yang selalu kuimpikan, aku berkata ya kepada seseorang yang selalu terasa seperti rumah. Bismillah," tulis Syifa di akaun Instagramnya.
El Rumi kemudian dengan bangga memanggil Syifa sebagai tunangnya. “Hello tunangku,” ucapnya ringkas.
Sebelumnya pada makan malam meraikan ulang tahun pertama cinta mereka, El Rumi memberikan Syifa rantai dari jenama mewah Cartier bersama sejambak bunga mawar.
Syifa, 25, dan El Rumi, 26, mula akrab selepas saling berbalas komen di laman sosial.