Skip to main content

Hiburan

Gegar Vaganza 12: Diuji Kehilangan Orang Tersayang, Mendua Tetap Beri Persembahan Memukau

Mendua

Sekilas

  • Kumpulan Mendua tetap memberikan persembahan mantap lagu ‘Seindah Biasa’ walaupun diuji kehilangan ahli keluarga tersayang.
  • Juri Datuk Syafinaz Selamat memuji keharmonian suara mereka dan menyentuh emosi penonton sepanjang persembahan.
  • Gegar Vaganza musim ke-12 akan bersiaran langsung mulai 2 November 2025 di Astro Ria dengan pengacara Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

Meskipun diuji kehilangan orang tersayang, kumpulan Mendua tetap tampil memberikan persembahan yang cukup memukau menerusi lagu ‘Seindah Biasa’ nyanyian asal Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

 

Pada aksi terakhir persembahan, jelas kelihatan salah seorang ahli kumpulan iaitu Diana tidak dapat menahan air mata ketika berada di atas pentas berprestij tersebut.

 

Malah, juri Datuk Syafinaz Selamat turut tersentuh dengan emosi yang dibawa, namun tetap memuji persembahan mereka yang disifatkan sebagai sehati sejiwa dan melengkapi malam berkenaan.

 

"Saya turut simpati dengan perkara yang kamu lalui. Ada perkara yang saya tak beri kredit pada kamu pada minggu sebelum ini. Setiap orang dari kamu memiliki suara yang sangat sedap. Apabila suara kamu digabungkan memang bagus," kata Shafinaz.

 

Untuk info, beberapa minggu lalu Pungky kehilangan ibu tercinta manakala bapa Diana pula baru sahaja meninggal dunia pada minggu lalu. 

 

13 bintang Gegar Vaganza musim ini adalah Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura dan Freshies (Ejie dan Shima).

 

Dari Indonesia, pentas GV12 turut diserikan dengan kehadiran Shae, Ruri Repvblik serta trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana) yang membawa warna muzik tersendiri.

 

Sementara itu, Singapura tampil dengan bangga menerusi penyertaan Iskandar Ismail, nama yang cukup sinonim dengan keunggulan vokal dan karisma.

 

Menambah elemen misteri dan kejutan, SHY8 hadir sebagai peserta wildcard musim ini, menjanjikan sentuhan seni yang unik serta kejutan segar yang bakal mencetus fenomena baharu dalam GV-Verse.

 

Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.

 

Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.

 

Gegar Vaganza V12 bakal bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).

 

GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka.  Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.

 

Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan. Layari www.astro.com.myatau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.

Must-Watch Video

Advertisement