Skip to main content

Selebriti

Fiziwoo Dedah Kisah Indah Di Sebalik Busana Resepsi Eksklusif Fattah Amin & Amira Othman - “Sulaman Ayak Dijahit Dengan Doa, Setiap Perincian Mencerminkan…”

Fiziwoo Dedah Kisah Indah Di Sebalik Busana Resepsi Eksklusif Fattah Amin-Amira Othman

Pereka fesyen tersohor tanah air, Fiziwoo, mencuri perhatian apabila berkongsi kisah menyentuh hati di sebalik rekaan busana eksklusif yang digayakan oleh pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman, sempena majlis resepsi perkahwinan mereka di Johor Bahru pada Sabtu.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Fiziwoo berkongsi detik-detik istimewa dan inspirasi di sebalik ciptaan indah busana yang disarungkan oleh kedua-dua mempelai.

Advertisement

Menurut Fiziwoo, busana tersebut bukan sekadar hasil rekaan semata-mata, malah ia mengangkat nilai estetika tradisional Bangsa Johor yang kaya dengan warisan seni dan budaya.

“Fattah dan Amira tampil anggun dalam busana Bangsa Johor rekaan khas Fiziwoo menggabungkan keindahan tradisi Johor dengan sentuhan moden yang penuh jiwa,” coretnya.

Tambah Fiziwoo lagi, setiap perincian busana itu dicipta dengan penuh teliti, mewakili lambang kasih, kehalusan seni serta doa yang mengiringi perjalanan bahagia pasangan tersebut.

“Setiap helaian benang tulang belut dan sulaman ayak dijahit dengan doa manakala setiap perincian mencerminkan kasih dan kehalusan seni Rumah Fashion Fiziwoo,” jelasnya.

 

 Untuk info, Fattah telah menamatkan zaman dudanya dengan Amira pada 14 September lalu di sebuah resort di Sepang.

 

Selepas sebulan berkahwin, Fattah dan Amira kemudiannya diraikan dalam majlis persandingan yang diadakan di Dewan Persada Johor Bahru, Johor, pada Sabtu.

Kedua-dua mempelai kelihatan sangat anggun dan segak menggayakan persalinan rekaan Fiziwoo berwarna putih gading.

Must-Watch Video

Advertisement