Kumpulan wanita popular tanah air, DOLLA mencuri perhatian netizen ketika tampil membuat persembahan pembukaan di konsert K-SPARK in Malaysia.
Menyanyikan lagu MWAA!!!, tenaga kumpulan DOLLA yang dianggotai oleh Sabronzo, Angel dan Tabby sudah tidak boleh disangkal lagi.
Namun apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah busana yang dikenakan oleh kumpulan tersebut.
Menerusi perkongsian di platform Instagram ERA, rata-rata memuji dan melihat ada perubahan dari segi pemakaian yang dianggap lebih baik daripada sebelum ini.
“Okay, love outfit malam ni.
“Haaa kan elok sikit. ❤️ Tahniah Dolls 😍”
“The outfit is much better. Keep it up, DOLLA we will still support you 🔥”
“THE ENERGY IS INSANEEEE.
“YEAYY SELUAR PANJANG.
“Haa kan sopan tuu 🥰 Good job DOLLA,” komen netizen.