Skip to main content

Hiburan

Diuji Kanser Tulang, Anak Amyza Aznan Hargai Sokongan Fattah Amin & Amira Othman - “Semoga Allah Membalas Jasa Baik Kalian…”

Fattah Amin

Anak kepada pelakon, Amyza Aznan iaitu Adrian Adam menzahirkan ucapan terima kasih buat pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman atas kebaikan yang dikongsikan kepadanya.

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Adrian berkata sokongan moral yang diberikan kepadanya amat bermakna, lebih-lebih lagi ketika melalui ujian berat itu.

Bagaimanapun, Adrian tidak menyatakan secara terperinci bentuk bantuan yang diberikan oleh pasangan tersebut. 
"Kepada abang Fattah dan akak Amira, saya tidak tahu bagaimana nak ucapkan terima kasih atas sokongan dan kebaikan kalian.

"Hanya Allah saja yang tahu sebesar mana saya menghargai semua itu. Semoga Allah membalas jasa baik kalian di dunia dan di akhirat," katanya.

Adrian juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus menitipkan doa buat dirinya serta keluarga.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan saya, abang dan keluarga. Doa daripada keluarga, kawan-kawan malah individu luar yang kami tidak kenali. Terima kasih.

"Hanya Allah yang tahu betapa mendalamnya rasa syukur ini. Semoga Allah memberi ganjaran pahala buat semua," ujarnya.

Terdahulu, Amyza berkongsi berita duka mengenai Adrian yang disahkan menghidap kanser tulang.

Lebih memilukan lagi, ujian ini berlaku selepas setahun anak sulungnya iaitu Andre Mikhail bergelut dengan kanser paru-paru.

Anda mungkin berminat dengan

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

Must-Watch Video

Advertisement