Skip to main content

Selebriti

Ditegur Tayang ‘Baby Bump’, Kieda Crepe Terima Dengan Hati Terbuka - “Dapat Rasa Orang Yang Ikhlas Menegur, Doakan Saya Ya”

Kieda baby bump

Sekilas

  • Kieda Crepe menerima teguran mengenai penampilannya yang menampakkan 'baby bump' dengan hati terbuka dan menghargai teguran yang ikhlas.
  • Beliau menegur individu yang memberi komen kasar dan menasihatkan supaya menegur dengan cara yang tidak menyakitkan hati orang lain.
  • Kieda berterima kasih kepada mereka yang memberikan teguran secara rasional dan berjanji untuk terus berubah ke arah yang lebih baik.

Usahawan dan pempengaruh, Kieda Crepe tampil memberikan respon mengenai gaya penampilannya yang dikatakan sering menampakkan bahagian ‘baby bump’.

Kieda menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya berkata dia menyambut baik perkara itu dan menyifatkan cara teguran individu tersebut adalah ikhlas.

“Boleh beza kan orang menegur dengan hati dan orang menegur berasa diri sempurna?

“Untuk Nadiah shukri, Kieda suka cara awak menegur. Kieda terima lapang dada. Entah tak ada yang terasa dihati ni even like banyak.

“Tapi langsung Kieda tak rasa segan membaca, sebab Kieda dapat rasa orang yang ikhlas menegur. Kieda minta terus doakan kieda ya?” coretnya.

Dalam hantaran yang sama, Kieda juga turut memberikan respon terhadap seorang lagi individu yang menegurnya secara kasar.

“Untuk myra eira, menegur orang tiada masalah. Tapi jangan berasa diri sempurna . Saya stalk sebelum saya update ni, awak pun takda beza dengan saya.

“Cuma beza saya bukan jenis masuk komen org menyakitkan hati orang. Tapi awak menegur orang sampai orang terasa dihati. Menegur umpama memalukan orang,” jelasnya.

Dalam pada itu, Kieda juga turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang prihatin dan memberikan teguran secara rasional tanpa kata-kata yang boleh menyinggung perasaan.

“Apa-apa pun, terima kasih semua yang concern dan selalu nasihat kieda. Kieda selalu terima kalau kena dengan cara dan nak berubah ke arah lebih baik. Doakan kieda ya,” coretnya.

Berikut merupakan perkongsian penuh Kieda:

Must-Watch Video

Advertisement