Skip to main content

Antarabangsa

Cermin Pecah, 5 Peminat Cedera Bersesak Nak Lihat Bintang Pursuit Of Jade

Astro Gempak pursuit

Sekilas

  • Acara bertemu aktor Zhang Linghe di pusat beli belah Guangxi bertukar tragedi apabila cermin pintu pecah akibat tekanan dari ribuan peminat yang bersesak, menyebabkan lima orang cedera.
  • Kerana insiden itu, kemunculan Zhang Linghe dibatalkan dan acara diteruskan secara dalam talian untuk keselamatan semua pihak.
  • Zhang Linghe, aktor popular China yang terkenal sejak 2020, memohon maaf atas kejadian tersebut melalui platform Weibo.

Acara beramah mesra dan bertemu aktor terkenal China, Zhang Linghe berubah menjadi tragedi apabila lima peminat tercedera selepas cermin pintu di sebuah pusat beli belah di Guangxi, pecah kerana ‘tekanan’.

Insiden tersebut berlaku pada 31 Mei lalu selepas ribuan peminat berpusu-pusu dan bersesak di pusat beli belah  tersebut untuk menyambut kemunculan Linghe. Video situasi yang tidak terkawal itu menjadi tular di media sosial menyaksikan ribuan peminat memenuhi setiap ruang pusat beli-belah serta ramai yang berada di luar sementara mendapat peluang memasuki pusat beli belah tersebut.

Aktor berusia 28 tahun yang cukup terkenal menerusi karya Pursuit of Jade itu dijadual membuat kemunculan di pusat beli-belah itu untuk mempromosikan jenama kaca mata Molsion.

Namun keadaan menjadi tidak terkawal apabila ribuan peminat yang sudah menunggu sejak pagi menyerbu masuk ke pusat beli belah yang memberi tekanan kepada cermin pintu pusat beli belah itu. Akibat tekanan, cermin pintu pecah dan menyebabkan lima peminat cedera kerana terkena serpihan kaca, lapor ET Today. Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Demi keselamatan semua pihak, penganjur  membatalkan kemunculan Linghe. Acara kemudian dianjurkan secara dalam talian dengan peminat dapat ‘beramah-mesra’ dengan aktor itu secara langsung di alam maya.

Pihak aktor yang disifatkan sebagai generasi selebriti paling popular di Chian itu juga meminta maaf terhadap insiden yang berlaku di platform Weibo.

Linghe memulai kariernya pada 2020 menerusi Maiden Holmes sebelum menjadi kegilaan peminat menerusi lakonannya dalam karya seperti  God of War in Love Between Fairy and Devil (2022),  Kunning Palace (2023), My Journey to You (2023) dan The Princess Royal (2024).

Anda mungkin berminat dengan

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Must Watch Video

Advertisement