Sekilas
- CEO Batu atau Muhamad Iqbal kini menjalani kehidupan sederhana dengan berniaga kecil-kecilan dan kurang aktif di media sosial.
- Perkembangan ini tular di TikTok dan mendapat pelbagai reaksi daripada wargamaya yang bersimpati serta berharap dia terus memperbaiki diri.
- Sebelum ini, CEO Batu terpalit kontroversi kes menghantar mesej lucah kepada remaja bawah umur dan telah ditahan polis untuk siasatan.
Di TikTok, tular mengenai perkembangan terkini pempengaruh, CEO Batu yang sebelum ini terpalit dengan kontroversi kes amang seksual bukan fizikal terhadap seorang remaja perempuan, Jun lalu.
Menerusi perkongsian dibuat @muhammadakid17, dapat dilihat CEO Batu atau nama sebenarnya Muhamad Iqbal Muhamad Nor sedang menjalani kehidupan secara sederhana dengan mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan.
Ujar pempengaruh berusia 22 tahun itu, kehidupannya juga bertambah tenang selepas mengambil keputusan untuk tidak terlalu aktif bermain media sosial.
“Saya ada saja sedang berniaga.
“Hidup tenang sikit sekarang ini, tiada media sosial,” ujarnya.
Perkongsian itu kemudiannya menuai pelbagai respon daripada wargamaya yang rata-ratanya bersimpati dengan perubahan hidup CEO Batu.
Malah, ada juga yang beranggapan apa yang dilalui oleh CEO Batu adalah asbab daripada kesilapannya yang terdahulu dan berharap agar pempengaruh itu terus kuat dan memperbaiki kekurangan.
Sebelum ini, media melaporkan CEO Batuditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar beberapa mesej berbaur lucah kepada remaja bawah umur.
CEO Batu juga dilaporkan dihentam teruk selepas penyanyi dan pempengaruh, Caprice mendedahkan mengenai beberapa kiriman mesej didakwa berbaur lucah dihantarnya kepada remaja berkenaan.
CEO Batu kemudiannya ditahan polis bagi membantu siasatan sebelum membuat pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang pada 10 dan 11 Julai lalu.
Sumber: TikTok muhammadakid17