Skip to main content

Hollywood

Britney Spears Jual Katalog Lagu, Hilang Hak Ke Atas Karya Sendiri

britney

Sekilas

  • Britney Spears telah menjual 100% kepemilikan katalog lagu miliknya kepada Primary Wave, termasuk lagu hit seperti Baby One More Time dan Toxic.
  • Penjualan ini merangkumi semua versi lagu, demo, serta hak penggunaan nama dan imej Spears untuk tujuan pemasaran.
  • Primary Wave akan membayar royalti kepada Spears, namun nilai jualan katalog tersebut tidak didedahkan.

Bintang pop sensasi, Britney Spears membuat langkah berani apabila dilaporkan menjual semua katalog lagu miliknya kepada Primary Wave yang dimiliki oleh Lawrence Mestel sejak tahun 2006.

Spears menjual 100 peratus kepemilikan terhadap lagu yang ditulis dan direkodkan termasuk demo, fizikal kaset dan bahan digital sehingga 30 Disember 2025 kepada syarikat tersebut.

Antara lagu yang tersenarai dalam penjualan tersebut termasuklah hit Baby One More Time dan Toxic sehingga trek yang belum pernah dipasarkan seperti Intimidated dan Whiplash.

Lagu-lagu remix,  instrumental dan versi potongan radio serta kolaborasi seperti 
Hold Me Closer bersama Elton John dan Scream & Shout duet dengan will.i.am, karya khas Krismas termasuk My Only Wish (This Year), Follow Me yang ditulis bersama adiknya, Jamie Lynn turut dijual.

Primary Wave pula akan membayar royalti kepada Spears di atas ‘perniagaan’ yang telah dipersetujui bersama, lapor US Weekly.

Selain karya berbentuk lagu, syarikat tersebut juga memiliki hak menggunakan nama, imej dan kebebasan untuk memasarkan atau mempromosi katalog milik pelantun Hit Me Baby One More Time itu dengan persetujuannya.

Nilai jualan katalog tersebut bagaimanapun tidak didedahkan dalam dokumen yang diperoleh outlert tersebut.

Spears, 44, menempa populariti pada tahun 1990-an telah berdepan dengan pelbagai kontroversi. Harta miliknya sebelum ini dijaga penuh oleh bapanya sebelum Spears memenangi kes untuk mempunyai akses penuh terhadap asetnya pada 2021.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Must-Watch Video

Advertisement