Skip to main content

Hiburan

Bermula Dengan Kongsi Video Resipi Puding Karamel Khairul Aming, Remaja Ini Tak Menang Tangan Terima ‘Order’ - “Paling Seronok Bila…”

Khairul Aming

Sekilas

  • Seorang pelajar Tingkatan Dua, Rizq Amirul, mula berniaga puding karamel selepas mencuba resipi Khairul Aming dan berkongsi video di media sosial.
  • Rizq menerima banyak tempahan dan berjaya mengumpul RM890 untuk membeli telefon pintar sendiri hasil usaha perniagaannya.
  • Ibu Rizq memantau supaya perniagaan tidak mengganggu pelajarannya walaupun dia sangat sibuk di dapur membuat pencuci mulut.

Siapa sangka, perkongsian video seorang kanak-kanak yang mencuba resipi puding karamel pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming telah membuatkannya berjaya membuka perniagaan secara kecil-kecilan.

Itulah yang berlaku kepada seorang pelajar Tingkatan Dua, Rizq Amirul, yang tidak menang tangan menerima tempahan pencuci mulut tersebut selepas berkongsi video dirinya mencuba resipi tersebut di media sosial.

“Lepas video Amirul buat puding Khairul Aming hari tu, diam-diam dia start ambil order.

“Kejap-kejap ajak ibu pergi kedai baking. Nak beli whipping cream. Lepas tu esok nak beli cream cheese pula. Lusa nak beli bekas pula,” kongsi ibunya.

Perkara itu dikongsikan sendiri ibunya menerusi satu perkongsian di Threads.

Lebih mengagumkan ialah apabila wanita yang dikenali sebagai Yusrah Sheera ini memaklumkan bahawa perniagaan tersebut juga telah memberikan banyak manfaat buat Amirul.

Hasilnya, Amirul berjaya mengumpul wang simpanan sebanyak RM890 dan wang tersebut telah digunakan anaknya untuk membeli telefon pintar yang diidamkan.

“Paling seronok bila dia dapat kumpul duit hasil usaha sendiri untuk beli handphone,” kongsinya lagi.

Walau bagaimanapun, wanita itu memaklumkan dia akan cuba memastikan perkara tersebut tidak menjejaskan pelajaran kerana Amirul masih bersekolah.

“Tapi sebab dia baru Form 2, ibu terpaksa slowkan dia sikit. Risau pula tengok banyak sangat masa dia habis dekat dapur buat dessert,” ujarnya.

Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian dan setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah meraih lebih 42,000 tanda suka dan lebih 800 komen.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Privacy Matte HD Tempered Glass Screen Protector for iPhone 17 16 15 Pro 14 13 12 11 Pro Max XS Max XR X 8 7 Plus

Privacy Matte HD Tempered Glass Screen Protector for iPhone 17 16 15 Pro 14 13 12 11 Pro Max XS Max XR X 8 7 Plus

【UGREEN × Genshin Impact Series】130W 20000mAh Powerbank, 2-in-1 25W Magflow Magnetic Charger Fast Charging Qi2 iPhone 17

【UGREEN × Genshin Impact Series】130W 20000mAh Powerbank, 2-in-1 25W Magflow Magnetic Charger Fast Charging Qi2 iPhone 17

UGREEN Anti-Yellowing Magnetic Transparent Phone Case for For iPhone 17 Pro Max/For iPhone 17 Pro/iPhone 17 Air

UGREEN Anti-Yellowing Magnetic Transparent Phone Case for For iPhone 17 Pro Max/For iPhone 17 Pro/iPhone 17 Air

3-in-1 Bluetooth Selfie Stick – 360° Rotation, Monopod Tripod With Remote Control & Detachable Shutter

3-in-1 Bluetooth Selfie Stick – 360° Rotation, Monopod Tripod With Remote Control & Detachable Shutter

TuneTalk HaloTelco Sim Card | Simkad Tune Talk Halo Telco Unlimited Speed 4G 5G Full Hotspot

TuneTalk HaloTelco Sim Card | Simkad Tune Talk Halo Telco Unlimited Speed 4G 5G Full Hotspot

TBTIC Case For iPad Air 8/7/6/M3 2025/6 Pro 11 2024/Air 5/4 10.9 12th/11 A16/10th/9/8 Gen 7th 10.2 6th/5th 9.7/Mini 6

TBTIC Case For iPad Air 8/7/6/M3 2025/6 Pro 11 2024/Air 5/4 10.9 12th/11 A16/10th/9/8 Gen 7th 10.2 6th/5th 9.7/Mini 6

Must Watch Video

Advertisement