Skip to main content

Viral

Baby Shima Jawab Kontroversi Lirik Lagu 'Masuk Lagi', Nafi Ada Double Meaning! - "Nak Faham Lagu Kena Tengok MV Dulu"

Astro Gempak babyshima masuklagi

Sekilas

  • Baby Shima menjelaskan lagu Masuk Lagi tidak mengandungi unsur lucah, sebaliknya menceritakan kisah rombongan meminang.
  • Dia memilih untuk berdiam diri ketika kontroversi panas bagi meredakan keadaan terutama menjelang Ramadan.
  • Shima akan lebih berhati-hati memilih lirik lagu pada masa depan supaya mesej lebih jelas dan mudah difahami peminat.

Penyanyi dangdut sensasi Baby Shima akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung kontroversi lirik lagu Masuk Lagi yang didakwa berunsur lucah dan mencetuskan perdebatan hangat awal bulan lalu.

Menurut Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, dia tidak pernah berniat untuk mengelak daripada isu tersebut. Sebaliknya, dia memilih untuk berdiam diri bagi meredakan keadaan.

"Kalau bersuara ketika isu tengah panas, orang akan bertambah tak suka. Jadi saya memilih untuk beri keadaan reda dulu.

"Lagipun ketika itu dah hampir memasuki bulan Ramadan, jadi saya tak nak keruhkan lagi keadaan," katanya ketika ditemui pada Majlis Santai Ramadan di Hotel Tenera Bangi, pada Selasa.

Mengulas dakwaan bahawa lagu berkenaan mempunyai maksud tersirat berunsur lucah, Shima menegaskan tiada sebarang unsur ‘double meaning’ seperti yang diperkatakan segelintir pihak.

Sebaliknya jelasnya, lagu Masuk Lagi membawa kisah seorang lelaki yang bersama rombongan menuju ke rumah bakal pasangan untuk meminang.

"Lirik lagu Masuk Lagi sebenarnya menceritakan perjalanan seseorang menuju ke rumah seseorang untuk masuk meminang.

"Liriknya berbunyi, 'masuk jalan elok-elok sayang, sudah lama dinda seorang, rombonganmu ingin masuk meminang'.

"Itu yang kami nak tekankan dalam lagu itu, iaitu mengenai perjalanan untuk masuk meminang. Tak ada apa pun sebenarnya," katanya lagi.

Shima turut menjelaskan bahawa kekeliruan tidak akan timbul sekiranya orang ramai menonton muzik video lagu tersebut yang jelas memaparkan babak rombongan meminang.

"Memang tak ada unsur 'double meaning' sebab maksud lagu itu jelas dalam muzik video.

"Jadi mereka yang nak fahamkan lagu itu memang kena tonton muzik video terlebih dulu untuk lebih faham," katanya.

Dalam masa sama, Shima mengakui dirinya sudah lali dengan kecaman netizen dan tidak pernah serik untuk terus berkarya meskipun sering terpalit kontroversi.

Namun begitu, penyanyi dangdut itu mengakui akan lebih berhati hati dalam memilih lirik selepas ini agar tidak lagi menimbulkan salah faham.

"Pemilihan lagu macam biasa, mana yang okey saya akan teruskan rakaman. Tahun ini kita akan hasilkan banyak lagi lagu.

"Tapi kita bagi lagu yang 'direct' supaya senang untuk orang faham, sebab ada sesetengah orang tak faham lirik lagu sebab lambat 'pick up'.

"Jadi 2026 ini kita bagi lirik lagu yang jelas, yang orang boleh faham terus," katanya.

Meskipun berdepan kecaman, Baby Shima tetap optimis meneruskan langkah dalam industri seni dengan karya baharu yang lebih jelas dan mudah difahami peminat.

Anda mungkin berminat dengan

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Must-Watch Video

Advertisement