Skip to main content

Hiburan

Azmi Saat Jelaskan Perkongsian Isu Layanan Kasar Staf Bank Bukan Untuk Raih Simpati, Harap Beri Pengajaran - “Kejadian Itu Bukan Pertama Kali…”

Astro Gempak 355

Sekilas

  • Azmi Saat dari Caliph Buskers berkongsi pengalaman layanan kasar seorang kakitangan bank terhadap isterinya yang OKU untuk membuka mata masyarakat tentang isu layanan tidak profesional.
  • Azmi berharap perkongsian itu dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan pekerja sektor perkhidmatan supaya lebih beretika dan adil ketika melayan pelanggan.
  • Bank berkenaan telah memohon maaf selepas isu tersebut tular, manakala Azmi kini memperkenalkan single terbaharu berjudul Satu.

Anggota kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat menjelaskan perkongsian videonya mengenai layanan kasar seorang kakitangan bank terhadap isterinya bukan bertujuan meraih simpati, sebaliknya mahu membuka mata masyarakat.

Menurut Azmi atau nama sebenarnya Khairul Azmi Muhammad Saat, 39, kejadian tersebut bukanlah pertama kali berlaku, malah situasi sama sering dialami golongan sepertinya.

“Kejadian itu bukan pertama kali jadi untuk orang macam kami. Bila saya kongsi, ramai yang komen mereka juga pernah alami perkara sama.

“Bukan sahaja di bank, di pusat beli-belah pun benda ini biasa berlaku,” katanya ketika ditemui pada sesi santai bagi memperkenalkan single terbaharunya berjudul Satu di Kuala Lumpur pada Selasa. 

Tambahnya, dia berharap perkongsian tersebut dapat memberi kesedaran khususnya kepada individu yang bekerja dalam sektor perkhidmatan supaya lebih profesional ketika berurusan dengan pelanggan.

“Saya harap ia dapat membuka mata, supaya mereka lebih beretika dan profesional ketika bekerja.

“Kadang-kadang bukan niat nak kurang ajar, tapi cara itu tak sesuai dan boleh timbulkan persepsi yang tak baik,” ujarnya.

Dalam masa sama, Azmi menegaskan dia tidak mengharapkan layanan istimewa, sebaliknya hanya mahu dilayan secara adil seperti pelanggan lain.

“Kami tak minta dilayan seperti raja atau dipercepatkan urusan.

“Cukuplah layanan yang sepatutnya, sama seperti orang lain,” jelasnya.

Terdahulu, Azmi meluahkan kekecewaan dalam media sosial terhadap tindakan seorang kakitangan bank yang didakwa bercakap kasar dengan isterinya, Nazira Muhammad yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU).

Susulan itu, pihak bank berkenaan dilaporkan telah menghubunginya bagi memohon maaf selain menjernihkan keadaan selepas isu tersebut tular dalam media sosial.

Menerusi perkembangan lain, Azmi kini muncul dengan single terbaharu berjudul Satu komposer oleh Naqiu. 

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Must-Watch Video

Advertisement