Skip to main content

Berita Tempatan

Azharina Terima Pengiktirafan 100 Wanita Nasional Inspirasi 2026, Titip Pesan Wanita Jangan Mudah Mengalah! - "Terus Melangkah, Berani Bermimpi"

Astro Gempak azharina anugerah

Sekilas

  • Penyanyi Azharina Azhar menerima pengiktirafan dalam majlis 100 Wanita Nasional Inspirasi 2026 atas sumbangan dan kepimpinan dalam memperkasakan wanita dan komuniti.
  • Azharina merupakan satu-satunya figura dari industri seni yang tersenarai, menunjukkan impak besar anak seni dalam masyarakat.
  • Penghargaan ini menjadi dorongan untuk Azharina terus memberi inspirasi dan menyebarkan aura positif kepada wanita dan generasi muda.

Penyanyi Azharina Azhar terus mengukuhkan pengaruhnya apabila menerima pengiktirafan dalam majlis 100 Wanita Nasional Inspirasi 2026 yang berlangsung baru-baru ini.

Penghargaan tersebut diberikan sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan, ketabahan serta sumbangan berterusan Azharina dalam memperkasakan wanita dan komuniti.

Majlis berprestij yang diadakan di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur itu telah disempurnakan oleh tetamu kehormat, YM Puteri Shahanaz Hazlin binti Hamdan.

Lebih membanggakan, Azharina merupakan satu-satunya figura dari industri seni yang tersenarai dalam pengiktirafan tersebut, sekali gus membuktikan bahawa peranan anak seni juga mampu memberi impak besar kepada masyarakat.

Dalam ucapannya, Azharina meluahkan rasa syukur atas penghargaan yang diterima serta berkongsi kata-kata semangat buat wanita di luar sana.

"Saya amat bersyukur dan terharu menerima penghargaan ini. Kepada semua wanita di luar sana, jangan mudah mengalah. Teruskan berusaha dan kekal positif walau apa pun cabaran yang dihadapi. Percayalah, setiap langkah dan usaha kita ada makna dan potensi yang besar."

Selain itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur, IKSnita, pasukannya Azharina Entertainment serta individu yang terlibat dalam perjalanan seninya termasuk pereka fesyen, jurusolek dan peminat setia.

Tidak ketinggalan, dua orang anaknya, Rahmat dan Redha, yang disifatkan sebagai sumber kekuatan dan inspirasi dalam kehidupannya.

Sebelum ini, Azharina juga pernah dipilih sebagai ahli panel dalam persidangan ASEAN Women's Conference on Best Practices (AWCOBP) 2025 di Kota Kinabalu, sekali gus memperkukuhkan kedudukannya sebagai figura wanita berpengaruh di peringkat serantau.

Menurut Azharina, pengiktirafan tersebut bukan sekadar kejayaan peribadi, sebaliknya satu tanggungjawab untuk terus memberi inspirasi kepada masyarakat.

"Saya harap dengan penghargaan ini, saya dapat menyuntik inspirasi dan keyakinan kepada wanita di luar sana agar terus melangkah, berani bermimpi dan tidak mudah putus asa," tambahnya.

Pengiktirafan ini dilihat sebagai satu pencapaian bermakna yang mendorong Azharina untuk terus menyebarkan aura positif, khususnya kepada generasi muda.

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

Dr Cardin Women Comfort Woven Mary Jane Flat L AIC 9292

Dr Cardin Women Comfort Woven Mary Jane Flat L AIC 9292

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Must-Watch Video

Advertisement