Skip to main content

Muzik

Andi Kembali Dengan Lagu Baharu ‘Aku Nak Kahwin’, Anthem Santai Buat Yang Masih Menunggu Jodoh - “Status Tak Menentukan Kebahagiaan…”

Andi lagu baru

Sekilas

  • Andi Bernadee lancar single terbaru berjudul ‘Aku Nak Kahwin’ yang mengangkat tema kesediaan untuk berkahwin dan menunggu jodoh.
  • Lagu ini menggabungkan elemen nyanyian dan rap dengan lirik jujur yang mudah difahami serta menyentuh tekanan keluarga dan harapan cinta bahagia.
  • ‘Aku Nak Kahwin’ kini boleh didengari di semua platform digital sebagai pembuka album penuh Andi, ‘Ding Geding’.

Penyanyi, Andi Bernadee kembali dengan pelancaran single terbaharunya berjudul ‘Aku Nak Kahwin’.

Mengangkat tema yang dekat dengan masyarakat, ‘Aku Nak Kahwin’ berkisarkan tentang seseorang yang sudah bersedia untuk berkahwin, namun masih menunggu jodoh yang dipermudahkan.

Dengan lirik yang jujur dan bersahaja, lagu ini turut menyentuh tentang tekanan daripada keluarga dan sekeliling, di samping harapan untuk membina cinta yang halal dan bahagia.

Menurut Andi, lagu ini mempunyai kekuatan dari segi mesej yang mudah difahami dan dekat dengan pengalaman ramai.

“Lagu ini terasa sangat dekat dengan realiti ramai orang, terutamanya mereka yang sudah lama single dan bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan.

“Lagu ini membawa mesej yang jujur dengan lirik yang straightforward, menjadikannya mudah untuk pendengar kaitkan dengan pengalaman sendiri,” jelasnya.

Dalam pada itu, Andi juga melihat single ini sebagai satu nafas baharu.

“Saya rasa kita agak kurang lagu dengan tema sebegini. Kebanyakan lagu di carta sekarang lebih kepada kisah putus cinta atau kecurangan.

“Jadi, ‘Aku Nak Kahwin’ hadir dengan vibe yang lebih ringan dan positif, sedikit perubahan mood yang lebih ‘happy’ untuk pendengar.

“Isu ini memang sudah lama wujud dan masih relevan hingga hari ini. Lebih-lebih lagi apabila berkumpul dengan keluarga, soalan seperti ‘bila nak kahwin?’ pasti akan timbul.

“Pada saya, penting untuk kita hadapinya dengan tenang dan tidak terlalu beremosi, serta sentiasa bergantung kepada sokongan diri sendiri dan orang terdekat,” ujarnya.

Dari sudut produksi, kata Andi, ‘Aku Nak Kahwin’ menampilkan gabungan elemen nyanyian dan rap yang memberikan kelainan pada karya ini.

“Dari segi penyampaian, lagu ini kedengaran santai dan tidak terlalu berat dari segi vokal. Namun, ia tetap memerlukan kawalan pernafasan yang baik.

“Apa yang menarik adalah gabungan dua elemen berbeza, nyanyian melodi dan rap yang memberikan warna tersendiri kepada lagu ini, dan pada masa sama menjadi satu cabaran yang menyeronokkan untuk saya,” katanya.

Sementara itu, Andi juga turut berkongsi bahawa perjalanan untuk merealisasikan lagu ini bersama album penuhnya, ‘Ding Geding’, bukanlah sesuatu yang mudah.

Sebelum ini, perancangan pelancaran terpaksa ditangguhkan apabila diuji dengan masalah kesihatan.

Namun begitu, tempoh tersebut menjadi ruang untuk dirinya berehat, pulih sepenuhnya, dan kembali dengan semangat serta tenaga yang lebih baik.

Kini, dengan keadaan kesihatan yang semakin pulih, Andi bersyukur akhirnya dapat berkongsi karya ini kepada peminat.

Selain menyampaikan kisah yang relatable, Andi berkata lagu ini turut membawa mesej positif tentang kehidupan dan kebahagiaan.

“Lagu ini membawa mesej yang ringan tetapi bermakna bahawa status seseorang tidak menentukan kebahagiaan. Sama ada single atau sudah berkahwin, setiap orang ada perjalanan masing-masing.

“Saya berharap ‘Aku Nak Kahwin’ dapat memberi rasa positif kepada pendengar dan menjadi pembukaan yang baik untuk album penuh saya yang akan datang, ‘Ding Geding’,” jelasnya lagi.

‘Aku Nak Kahwin’ boleh kini boleh didengari di semua platform penstriman digital.

Anda mungkin berminat dengan

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement