Skip to main content

Hiburan

Aisha Retno Setuju Pesanan Eric Fuzi, Nasihat Artis Baharu Jangan Bazir Duit Buat Lagu Raya Kalau Tiada Identiti - “Saya Nak Invest Pun Takut…”

Astro Gempak 236

Sekilas

Penyanyi Aisha Retno bersetuju dengan pandangan yang disuarakan anggota kumpulan Floor 88, Eric Fuzi mengenai keutamaan menghasilkan karya sendiri berbanding terburu-buru melabur untuk lagu raya.

Menerusi satu hantaran di Threads, Eric menasihatkan artis baharu agar tidak membazirkan wang untuk menghasilkan lagu raya, sebaliknya menggunakan modal tersebut bagi memperkukuh identiti menerusi single dan album.

“Adik-adik artis baru, jangan bazirkan duit untuk buat lagu raya. Gunakan duit itu buat modal single korang, lekatkan identiti karya dulu dekat pendengar.

“Lagu raya ni orang dengar dua minggu saja melainkan dia hype dan evergreen. Kalau lagu raya tak ada identiti dan bunyi sama macam yang lain, akhirnya membazir,” tulisnya.

Pandangan itu mendapat sokongan Aisha yang meninggalkan komen tanda setuju.

“Agreed. Saya simpan duit untuk buat lagu raya pun dan nak invest tu pun takut-takut, fikir dua tiga kali walaupun dah pernah ada lagu raya,” katanya.

Untuk rekod, lagu raya Ketipak Ketipung Raya nyanyian Aisha bersama Aziz Harun pernah mencetus fenomena dan menjadi antara lagu hits raya pada tahun 2024.

Bagaimanapun, Aisha dijangka kembali memeriahkan Aidilfitri tahun ini menerusi single terbaharu berjudul Jodoh Lebaran.

vdvd

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Must Watch Video

Advertisement