Sekilas
- Aisha Retno berkongsi impiannya untuk melihat momen lamaran perkahwinan berlaku ketika dia sedang membuat persembahan di atas pentas.
- Dia membayangkan suasana romantik itu berlaku ketika menyanyikan lagu cinta popular seperti WHUT atau Kota Ini Tak Sama Tanpa Mu bersama Aziz Harun dan Nadhif Basalamah.
- Perkongsian Aisha mendapat perhatian peminat yang turut membayangkan suasana manis tersebut dan ada yang mengusiknya dengan janji akan melamarnya di pentas.
Penyanyi dan komposer, Aisha Retno berkongsi impiannya untuk menyaksikan momen romantik lamaran perkahwinan berlaku ketika dirinya sedang membuat persembahan di atas pentas.
Menurut Aisha, dia membayangkan suasana manis itu berlaku ketika dia sedang menyampaikan lagu cinta popularnya iaitu WHUT atau Kota Ini Tak Sama Tanpa Mu bersama Aziz Harun dan Nadhif Basalamah.
“One day kalau I buat show, I nak ada audience berpasangan yang time I tengah nyanyi lagu cinta then suddenly the guy tu propose to her. Ahh comelnya, I akan nangis seribu tahun witnessing it at my own show. Sumpah comel, don’t you guys think?
“Especially if I nyanyi lagu Trio, ‘Kota Ini Tak Sama Tanpamu’ atau lagu WHUT,” katanya.
Perkongsian spontan Aisha itu nyata mendapat perhatian peminat yang turut membayangkan suasana romantik tersebut.
Malah ada juga yang cuba mengusik Aisha dengan memberitahu mereka akan melamarnya ketika di pentas.
"Klau nk join bt surprise untuk wife bole ke ? Tgh2 you nyanyi pastu....
"What abt you yg kena propose
"Plot twist propose Aisha, acaner?
"Ok deal. Next show saya propose awak.
"Bisa diatur. Jap nak ajak my fiance 🌝
"Why not titik temu kat concert Aisha," komen netizen