Sekilas
- Aiman Hakim Ridza dan Siti Saleha mendapat sambutan hebat menerusi siri premium Bad Cop yang kini ditayangkan di Astro Original.
- Aiman memuji keserasian dan profesionalisme Siti Saleha yang memudahkan mereka berlakon bersama tanpa masalah.
- Bad Cop adalah adaptasi siri jenayah Jerman 2017, menampilkan isu sosial dan mula ditayangkan sejak 19 Disember 2025 di pelbagai platform Astro.
Gandingan pelakon Aiman Hakim Ridza dengan Siti Saleha dalam siri premium, Bad Cop yang kini sedang ditayangkan di Astro Original mendapat sambutan luar biasa.
Menurut Aiman, dia tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama selain sangat mudah mendapatkan keserasian dengan Siti Saleha.
“Gandingan dengan Siti Saleha sangat mudah… kami lebih fokus kepada inner acting yang ingin disampaikan. Kami pernah bekerjasama, beberapa tahun lalu ada bergandingan.
“Memang tak ada masalah nak cari keserasian antara kami. Dia pun sangat profesional, dia tahu apa nak buat, bila nak keluarkan dialog.
“Jadi benda itu bukan asing untuk kami melakonkan bersama-sama,” kata Aiman kepada Gempak.
Astro Originals mempersembahkan siri premium terbaru, Bad Cop, adaptasi daripada siri jenayah popular Jerman 2017 yang juga diadaptasi di India pada 2024.
Siri ini menampilkan Aiman Hakim yang membawa dua watak berbeza serta membawakan isu sosial seperti penipuan identiti dan penderaan rumah tangga dalam format case-of-the-week.
Bad Cop mula ditayangkan pada 19 Disember 2025 di platform OnDemand, sooka, Astro Citra dan Astro Ria dengan arahan Jason Chong dan showrunner Kavivarmen Vigneswaran.