Skip to main content

Hiburan

Agy Mohon Maaf Isu Muzik Video ‘Lala Raya’, Tiada Niat Singgung Mana-Mana Agama - “Ini Kekhilafan Daripada Pihak Kami”

Astro Gempak 205

Sekilas

  • Agy memohon maaf atas kontroversi lagu raya 'Lala Raya' yang didakwa menyerupai lukisan The Last Supper dan menegaskan tiada niat menghina mana-mana agama atau kaum.
  • Beliau menjelaskan visual lagu itu hanya menggambarkan momen makan bersama keluarga sebagai konsep 'makan beradab' dan bukan rujukan kepada lukisan tersebut.
  • Agy mengambil inisiatif menurunkan video muzik asal, menggantikan cover art di platform digital, dan menganggap isu ini sebagai pengajaran penting untuk lebih peka pada masa depan.

Penyanyi dan pempengaruh, Agy tampil membuat permohonan maaf susulan kontroversi lagu raya berjudul Lala Raya yang didakwa mempunyai unsur atau gambaran persis lukisan terkenal, The Last Supper.

Menurut Agy atau nama sebenarnya Muhammad Affizy Mohd Khairy, dia sama sekali tidak mempunyai niat untuk menghina mana-mana agama, bangsa atau kaum menerusi karya tersebut.

“Dengan penuh rasa bertanggungjawab saya sebagai seorang Islam dan juga rakyat Malaysia, tanpa ada niat walaupun sedikit, walaupun secalit di ingatan, di fikiran, di hati, tak ada langsung sedikit pun untuk menghina mana-mana pihak, lebih-lebih lagi yang melibatkan agama, bangsa ataupun kaum.

“Memang kekhilafan daripada pihak saya dan juga team. Saya bukan bergerak solo dalam projek kali ini, saya bergerak dengan beberapa orang. 

“Semua orang ada di belakang saya dan benda ini mungkin kekhilafan daripada pihak kami tanpa ada niat. Sejujurnya memang tak ada,” katanya.

Mengulas dakwaan terdapat persamaan dengan karya seni tersebut, Agy menjelaskan visual yang dipaparkan hanyalah gambaran momen makan bersama keluarga yang disampaikan sebagai konsep ‘makan beradab’.

“Saya tahu ada yang kata mungkin ada persamaan dengan kepercayaan ataupun lukisan ‘The Last Supper’. 

“Sejujurnya memang tak ada, dan hanya sebagai rujukan saya dan keluarga makan di meja bersama, momen kami bersama dan disampaikan sebagai ‘makan beradab’ sebenarnya. Itu yang seikhlas hati saya,” ujarnya.

Agy berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis pelancaran lagu rayaLala Raya di Bangsar pada Jumaat. 

Dalam masa sama, Agy memaklumkan pihaknya sendiri telah mengambil inisiatif dengan menurunkan video muzik tersebut atas rasa tanggungjawab.

“Bukan diturunkan oleh YouTube, saya sendiri dengan rasa tanggungjawab yang sangat besar dan rasa bersalah. Saya turunkan sendiri dan saya sendiri minta team untuk sunting balik video tersebut.

“Kita juga tukar segera cover art di Spotify dan iTunes walaupun proses itu mengambil masa dua ke tiga hari. Sebab itu kita buat sidang media hari ini. Alhamdulillah, semua dah tukar. MV pun kita dah muat naik yang baharu tadi,” jelasnya.

Tambahnya, dia menghormati semua agama dan menganggap isu tersebut sebagai pengajaran besar buat dirinya dan pasukan produksi agar lebih peka pada masa akan datang.

“Saya memang menghormati semua agama dan bangsa sebab saya pun ada rakan-rakan, ahli keluarga dan pengikut daripada pelbagai agama.

“Saya harap isu ini tidak berpanjangan dan saya mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf hari ini dengan seikhlas hati, dengan rendah diri dari hujung rambut sampai hujung kaki,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Naelofar Iznik Sejadah

Naelofar Iznik Sejadah

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Must-Watch Video

Advertisement