Skip to main content

Hiburan

Ada Bapa Mentua Sayang Seperti Anak Sendiri, Elisya Sandha Rasa Bertuah - “Salah Satu Impian Terbesar Saya…”

ASTROGEMPAK Elisya

Sekilas

  • Bapa mentua pelakon Elisya Sandha, Jinggo, meluahkan rasa sayang dan memujuk menantunya agar tidak bersedih di Threads.
  • Jinggo risau isterinya, Sheila Rusly, akan turut sedih dan menangis jika Elisya terus bersedih.
  • Elisya berterima kasih kerana dikurniakan keluarga mentua yang menerima dan menyayanginya seperti anak sendiri.

Hantaran bapa mentua kepada pelakon Elisya Sandha yang juga penerbit terkenal, Jinggo atau Azman Yahya, meluahkan rasa sayang terhadap menantu perempuannya itu meraih perhatian wargamaya di Threads.

 

Menerusi hantaran tersebut, Jinggo dilihat memujuk Elisya agar tidak terus bersedih kerana bimbang isterinya, Sheila Rusly, turut akan berasa sedih dan menangis.

 

“Sayangnya Papa pada Sya… we love u so much tau. Jangan sedih-sedih ok. Nanti mama you pun menangis,” tulisnya.

 

Dalam pada itu, Elisya sendiri membalas dengan luahan penuh syukur kerana dikurniakan keluarga mentua yang menerima dan menyayanginya seperti anak sendiri.

 

Menurut Elisya, antara doa dan impian terbesarnya yang dimakbulkan Allah adalah memiliki seorang bapa mentua yang melayannya dengan penuh kasih sayang, malah lebih daripada anak sendiri.

 

“Salah satu impian terbesar saya yang Allah makbulkan ialah dapat bapa mentua yang sayang saya macam anak sendiri, malah lebih lagi daripada anak sendiri.

 

“Thank you pa, thank you ma sebab tak pernah kurang layanan kasih sayang terhadap Sha sejak hari pertama… hari-hari saya bersyukur,” katanya.

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Must-Watch Video

Advertisement