Skip to main content

Selebriti

Achey Tak Paksa Pakai Baju Raya! Pilih Bahagiakan Anak, Bukan Ikut Kata Orang - “Tak Sanggup Jadi ‘Joykiller’, Maaf Sekiranya Ada Yang Cakap Anak Selekeh…”

Achey

Sekilas

  • Achey utamakan keselesaan anaknya, Tiara, dengan tidak memaksa dia memakai baju raya sepanjang Aidilfitri.
  • Walaupun Tiara pilih bermain dan hanya pakai baju raya ketika bergambar, Achey dan isteri tetap hargai kebahagiaan anak mereka.
  • Achey mohon maaf jika pendekatan mereka sebagai ibu bapa menimbulkan pandangan kurang senang, dan tekankan baju raya Tiara memang banyak disediakan.

Pelawak, Achey mengakui dia lebih mengutamakan anaknya, Tiara, berbanding memaksanya untuk mengenakan baju raya sepanjang sambutan Aidilfitri.

Menurut Achey, dia dan isterinya tidak sanggup menjadi ‘joykiller’ semata-mata mahu memenuhi jangkaan orang sekeliling yang melihat penampilan anak mereka tidak memakai baju raya.

“Raya yang penuh dugaan, lain macam Tiara bila raya ni, sedih pun ada kadang, tapi aku dan isteri memilih kegembiraan anak.

“Gambar kedua itu menceritakan segalanya, orang bercakap tapi aku dengan @anne_achey._ tak sanggup jadi ‘joykiller’ untuk dia.

“Puas pujuk pakai baju raya, bertekak, bergaduh, dia tetap lebih pilih selesa untuk bermain tapi alhamdulillah juga waktu bergambar dia nak sarung baju dan dia tahu itu moment penting untuk semua.

“Selepas bergambar habiss di bukanya, orang datang raya atau kita pergi beraya, semua tegur ‘mana baju raya awak Tiara.’

“Dia jawap ‘ada dalam kereta’, memang stanby je untuk dia. Tak apalah @tiara.zinnirah yang penting awak gembira raya ni,” jelasnya menerusi hantaran terbaharu di Instagram.

Dalam hantaran yang sama, Achey juga memohon maaf sekiranya pendekatan mereka sebagai ibu bapa mengundang pandangan kurang senang segelintir pihak.

“Maaf semua sekiranya ada yang cakap ‘wahh mak bapak bukan main yea, anak selekeh’, kami tak salahkan mereka bercakap.

“Baju raya dia hampir 20 pasang kak oi, tapi kami pilih dia gembira. Insya-Allah, dah besar nanti pandailah dia melaram. Haih tiara oh tiara!” coretnya.

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Baju Melayu Teluk Belanga Bulan Bintang 2026 (NEW) Tema Biru

Baju Melayu Teluk Belanga Bulan Bintang 2026 (NEW) Tema Biru

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

Kurta Larik Pelikat Relaxed Fit

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement