Skip to main content

Foodies Life

#FoodiesLife: Cendol Dalam Cawan? Jenama Lokal Ini Perkenal Cendol Series, Spacedollah Pun Suka!

ASTRO GEMPAK koppiku

Sekilas

  • Koppiku lancar Cendol Series dengan tiga variasi iaitu Cendol, Cendol Durian dan Cendol Latte di 55 cawangan seluruh negara bermula 22 Jun.
  • Inisiatif Koppiku Cendol Stories diperkenalkan untuk menghargai penjual cendol veteran yang semakin berkurangan di Malaysia.
  • Pelancaran ini turut diserikan dengan kehadiran selebriti dan pempengaruh serta selari dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Cendol sememangnya antara pencuci mulut kegemaran rakyat Malaysia yang sentiasa mengundang nostalgia.

Bermula daripada kenangan menikmati semangkuk cendol selepas pulang dari sekolah sehinggalah menjadi hidangan wajib di pasar malam, cendol kekal dekat di hati ramai tanpa mengira usia dan latar belakang.

Menyedari nilai sentimental yang dimiliki sajian tradisional itu, Koppiku tampil memperkenalkan Cendol Series yang boleh didapati di semua 55 cawangannya di seluruh negara bermula 22 Jun ini.

Menariknya, pelancaran siri minuman baharu itu bukan sekadar memperkenalkan menu berasaskan cendol, malah turut membawa mesej untuk menghargai penjual cendol tradisional yang semakin berkurangan.

Menurut Pengasas Koppiku, Dr Rajiv Bhanot, ramai rakyat Malaysia mempunyai kenangan tersendiri bersama cendol, namun tidak ramai menyedari individu yang selama ini menghasilkan hidangan tersebut semakin berkurangan.

"Hampir setiap rakyat Malaysia ada memori cendol sendiri. Cendol depan sekolah, semangkuk di pasar malam bersama keluarga.

"Tetapi orang yang buatkan memori itu, makcik dan pakcik yang menyenduk cendol dari periuk yang sama selama berpuluh tahun, semakin hilang.

"Kami bukan di sini untuk gantikan cendol sesiapa. Kami di sini untuk pastikan Malaysia tidak pernah lupa siapa yang buatkannya untuk kita," katanya.

Menerusi Cendol Series, pelanggan boleh memilih tiga variasi berbeza iaitu Cendol, Cendol Durian dan Cendol Latte yang menggabungkan elemen tradisional dengan sentuhan moden.

Selain itu, Koppiku turut memperkenalkan inisiatif Koppiku Cendol Stories yang akan mengetengahkan kisah penjual cendol veteran dari seluruh negara sebagai usaha menghargai jasa mereka dalam mengekalkan warisan makanan tempatan.

Majlis pelancaran yang berlangsung di Kuala Lumpur turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa selebriti dan pempengaruh terkenal termasuk Asyraf Khalid, Tya Arifin, Juliana Evans dan Spacedollah.

Berkongsi pandangannya, Tya mengakui dirinya merupakan penggemar cendol dan teruja dengan pilihan baharu yang ditawarkan.

"Saya memang peminat cendol. Lepas ini senang nak dapatkan cendol, dan yang paling best, ada yang datang sekali dengan kopi," katanya.

Pelancaran Cendol Series juga dilihat bertepatan dengan usaha mempromosikan budaya dan citarasa tempatan menjelang kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Anda mungkin berminat dengan

Arai RX7-X Nakano '04 Green (Remake) Limited Edition

Arai RX7-X Nakano '04 Green (Remake) Limited Edition

Gillette Venus Comfortglide White Tea Scent Razor with Gel Bars Women's Razor Handle + 2 Blade Refills

Gillette Venus Comfortglide White Tea Scent Razor with Gel Bars Women's Razor Handle + 2 Blade Refills

McJoden - ROY Hoodie Men Women Unisex Coffee Oversized Hoodie Korean Style Couple Sweater Lelaki Plus Size

McJoden - ROY Hoodie Men Women Unisex Coffee Oversized Hoodie Korean Style Couple Sweater Lelaki Plus Size

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

Must Watch Video

Advertisement