Sekilas
- Ramai selebriti dan pempengaruh kini melancarkan jenama produk penjagaan diri sendiri kerana nama mereka mudah tarik perhatian pengguna di media sosial.
- Produk sendiri dilihat sebagai aset bisnes jangka panjang yang membantu selebriti bina empayar selain bergantung pada dunia hiburan.
- Proses hasilkan produk kini lebih mudah dengan kerjasama syarikat OEM seperti Masha Group yang uruskan aspek teknikal hingga pemasaran.
Kalau perasan, sekarang makin ramai selebriti, pempengaruh dan content creator mula muncul dengan jenama skincare, kosmetik, suplemen dan produk penjagaan diri sendiri.
Fenomena ini bukan lagi sekadar trend sementara, malah semakin berkembang sebagai cabang bisnes serius dalam dunia hiburan dan digital.
Berikut antara sebab kenapa trend ini semakin menjadi pilihan ramai:
1. Nama Popular Lebih Mudah Tarik Perhatian
Dalam era media sosial, selebriti sudah mempunyai komuniti dan pengikut sendiri. Jadi apabila mereka lancarkan produk, proses membina awareness jadi lebih cepat berbanding jenama biasa.
Pengguna juga lebih mudah tertarik membeli produk yang dikaitkan dengan personaliti kegemaran mereka.
Menurut pengasas Masha Group, Enica Foong, ramai selebriti kini melihat produk sendiri sebagai satu bentuk pembangunan jenama peribadi yang lebih besar.
“Ramai orang ada idea produk yang bagus, tetapi tidak tahu bagaimana mahu bermula terutama dari segi R&D, pengilangan, pensijilan KKM dan pemasaran,” katanya.

2. Produk Sendiri Bantu Bina 'Empayar' Jangka Panjang
Ramai selebriti kini tidak lagi mahu bergantung sepenuhnya kepada dunia hiburan.
Sebaliknya, produk sendiri dilihat sebagai aset bisnes jangka panjang yang boleh berkembang menjadi jenama besar jika diurus dengan betul.
“Sebab itu Masha Group diwujudkan bagi membantu usahawan fokus kepada penjenamaan dan jualan, manakala kami menguruskan segala aspek teknikal sehingga produk benar-benar bersedia untuk dipasarkan,” jelas Enica lagi.
3. Proses Hasilkan Produk Kini Lebih Mudah
Kalau dulu nak lancarkan produk perlukan modal besar dan kilang sendiri, sekarang ramai memilih bekerjasama dengan syarikat OEM untuk membantu dari segi formulasi, pengeluaran, pembungkusan hingga pensijilan.
Antara syarikat yang menjadi pilihan ramai usahawan dan selebriti ialah Masha Group yang membantu membangunkan ratusan jenama tempatan merangkumi produk penjagaan kulit, kosmetik, suplemen kesihatan dan penjagaan rambut.
4. Pengguna Sekarang Suka Produk Yang Ada 'Story'
Zaman sekarang, orang bukan sekadar beli sebab packaging cantik.
Pengguna lebih tertarik dengan jenama yang ada cerita, identiti dan pengalaman tersendiri termasuk siapa individu di belakang sesuatu produk.
“Pengguna hari ini lebih bijak. Mereka mahu tahu apa yang digunakan pada kulit mereka, bagaimana produk dihasilkan dan sama ada jenama itu benar-benar berkualiti atau sekadar ikut trend,” kata Enica.

5. Produk Viral Tak Semestinya Bertahan Lama
Walaupun media sosial boleh membantu sesuatu produk jadi viral dengan cepat, pengguna hari ini juga semakin bijak menilai kualiti sebenar sesuatu produk.
Menurut Enica, sesuatu produk hanya mampu bertahan jika pengguna sendiri merasai keberkesanannya.
“Bagi kami, produk yang berjaya bukan sekadar viral atau sold out sekali, tetapi produk yang pengguna mahu beli semula kerana benar-benar merasai manfaat dan kualitinya,” katanya.