Skip to main content

Selebriti

Dah Ambil Duit Deposit RM1,500 Tapi Tak Muncul, Nick Mikhail Terkilan Dengan Aliff Aziz - "Ramai Pernah Pesan Satu Hari Nanti Saya Akan..."

Astrogempak

Sekilas

  • Pelakon dan usahawan Singapura, Nick Mikhail Razak, kecewa selepas Aliff Aziz membatalkan persembahan pada majlis pelancaran produk isterinya, King Coco, saat akhir walaupun telah membayar deposit RM1500.
  • Aliff memaklumkan pembatalan kerana jadual penggambaran di Indonesia dilanjutkan, dan Nick merasa dikhianati kerana sudah lama menyokong Aliff sejak 2017.
  • Nick memilih untuk menyekat komunikasi dengan Aliff dan tidak akan berdiri di belakangnya lagi, namun tidak berniat mengambil tindakan undang-undang atas isu deposit tersebut.

Pelakon dan usahawan Singapura, Nick Mikhail Razak meluahkan rasa terkilan selepas penyanyi, Aliff Aziz membatalkan persembahan majlis pelancaran produk milik isterinya, personaliti media sosial King Coco pada saat akhir.

Menurut Nick, pada awalnya Aliff telah bersetuju dengan rundingan mereka pada 19 Mei lalu, malah wang deposit sebanyak RM1500 telah pun dibayar.

Bagaimanapun seminggu sebelum acara berlangsung, pelantun lagu Sayang-Sayang itu memaklumkan bahawa jadual penggambarannya di Indonesia yang sepatutnya tamat pada 18 Jun telah dilanjutkan sehingga 23 Jun.

Lebih mengecewakan, sehari sebelum acara, Nick telah menerima mesej daripada Aliff bahawa dirinya tidak dapat hadir langsung ke majlis tersebut.

“Pada mulanya dia kata akan cuba datang. Kami sudah siap berlatih dan saya pilih sendiri lagu yang sesuai untuk dia nyanyikan. Saya memang nak orang yang rapat dengan saya ada pada malam itu.

“Acara ini bukan sekadar bisnes, tetapi sesuatu yang sangat peribadi buat saya dan isteri. Sebab itu saya mahu orang yang saya anggap keluarga dan sahabat rapat bersama-sama meraikannya,” katanya kepada Gempak.

Nick ditemui di majlis pelancaran produk IAmCoco di W Hotel, Kuala Lumpur, semalam.

Merasa seperti dikhianati, Nick berkata bahawa dia cukup kecewa dengan tindakan rakan baiknya itu memandangkan dia telah setia bersama Aliff sejak tahun 2017.

“Daripada isu lama, perceraian, kontroversi sampai yang terbaru, saya sentiasa ada di belakang dia. Orang hentam saya sebab pertahankan Aliff pun saya tak kisah.

“Malah, saya yang bantu uruskan platform untuk dia menjelaskan keadaan ketika dia bercerai sebelum ini. Walaupun saya tahu dia ada buat kesilapan, sebagai seorang sahabat, saya tetap berada di belakang dia,” ujarnya.

Katanya lagi, itu merupakan kali pertama dia meminta pertolongan Aliff sepanjang tempoh persahabatan mereka, malah dia tidak pernah menjangkakan bahawa akhirnya dirinya juga akan sama dikecewakan seperti orang lain.

“Ini kali pertama saya minta bantuan daripada dia. Saya cuma mahu dia menyanyi untuk Coco saya pada majlis istimewa hari ini. Tetapi dia tak dapat tunaikan.

“Saya dapat tahu dia menerima projek lakonan itu selepas bersetuju dengan tawaran nyanyian saya. Saya dulu menjadi pelakon selama 17 tahun, kalau saya sudah terima satu tawaran kerja dan ambil deposit, saya akan hormati komitmen itu.

“Saya tak pernah terfikir perkara ini akan berlaku. Ramai kawan pernah pesan satu hari nanti saya akan dikecewakan, tapi saya tak pernah percaya.

“Sekarang saya cuma rasa sedih. Sebab saya tak sangka orang yang sentiasa saya pertahankan boleh buat saya macam ini,” kongsinya.

Dalam pada itu, Nick turut berkongsi bahawa sejak kejadian itu, dia memilih untuk menyekat segala perbualan dengan Aliff kerana tidak mahu lagi mendengar alasannya.

Jika berbaik sekalipun, Nick berkata hubungan mereka tidak akan sama seperti sebelum ini.

“Kalau dia bawa sikap begini, saya tak rasa saya boleh lagi berdiri di belakang dia. Saya cuma fikir, kalau dengan saya dia bersikap begini, macam mana dia mahu bertahan?

“Saya tak mahu dengar apa-apa alasan sebab kalau saya dengar, mungkin saya akan jadi lebih marah atau akhirnya memaafkan dia.

“Kalau suatu hari nanti hati saya terbuka, mungkin saya boleh maafkan dia, tetapi saya rasa saya tak akan lagi berada di belakang dia seperti sebelum ini,” luahnya.

Mengulas mengenai deposit yang diberikan, Nick berkata duit bukanlah isu besar baginya.

Meskipun ramai yang menasihatinya untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap Aliff, namun dia tidak sampai hati ingin berbuat demikian memandangkan penyanyi itu sedang cuba menempah nama semula dalam industri.

“RM1,500 itu bukan soal besar. Kalau tak dipulangkan pun saya anggap sedekah. Ramai suruh saya saman atau ambil tindakan undang-undang sebab semuanya ada dalam WhatsApp.

“Tapi saya tak mahu tutup periuk nasi orang. Saya cuma mahu orang tahu apa sebenarnya yang berlaku dan kenapa Aliff tak membuat persembahan pada majlis ini,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

Must Watch Video

Advertisement