Skip to main content

Selebriti

“Bila Laki Kau Balik, Kau Kakikan Saja…” - Zila Bakarin Bagi Pesanan Buat Isteri Berdepan Masalah Suami Tak Bertanggungjawab

Bakar isteri

Sekilas

  • Pelakon Zila Bakarin menegaskan bahawa perceraian adalah solusi terbaik jika suami tidak bertanggungjawab demi kesejahteraan diri dan anak-anak.
  • Beliau menasihatkan wanita supaya tidak menunggu lama jika pasangan tidak menunjukkan tanggungjawab dan lebih fokus menjaga kebajikan anak-anak.
  • Zila juga mengingatkan supaya tidak meluahkan kemarahan kepada anak-anak dan sentiasa utamakan keperluan mereka seperti susu dan makanan.

Pelakon, Zila Bakarin tampil bersuara selepas seorang netizen bertanya pada umum sama ada dia patut bercerai dengan suaminya yang tidak bertanggungjawab.

Menerusi Threads, Zila berkata perkara tersebut tidak perlu ditanyakan lagi kerana berpendapat perceraian merupakan solusi yang terbaik demi kesejahteraan diri dan anak-anak.

"Zaman sekarang tak perlu fikir panjang. Kalau rasa lelaki tu tak berapa nak jadi lelaki, kau tak perlu tunggu. Lagi kau tunggu lagi bertambah anak. 

“Orang perempuan mengamuk pasal lelaki, nanti lelaki balik pujuk tiba-tiba keluar seorang lagi. Dah kau tak payah cakap patut ke tak. Cerai sahaja,”tulisnya.

Menurut Zila, dia menyarankan agar wanita lebih memberi tumpuan pada kebajikan anak-anak, selain tidak melepaskan amarah pada mereka.

“Anak nak susu, makan, membesar. Fokus kat anak sahaja. Kau pun tak akan tiada adik beradik. Daripada mengadu macam ini, baik pergi beli telur. Kau jangan lepaskan marah kau kat anak-anak. Bila lelaki kau balik, kau kaki kan sahaja,”ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement