Pempengaruh dan personaliti media sosial, Mia Azahar tampil mempertahankan bahawa fasa 'burnout' bukanlah sesuatu yang mengenal status sama ada seseorang itu seorang ibu atau masih bujang.
Menurut Mia, keadaan tersebut adalah perkara biasa yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja apabila berdepan keletihan fizikal dan emosi secara berterusan.
Advertisement
"Tiada anak pun boleh burnout, tak perlu anak satu, dua, tiga, empat, lima. Burnout ni adalah perkara biasa untuk manusia," katanya menerusi perkongsian di Threads.
Dalam masa sama, Mia menegaskan individu yang sedang melalui fasa itu bukan kerana lemah, tetapi kerana sudah terlalu lama bertahan dalam kehidupan.
"Kadang bukan sebab tak kuat, tetapi sebab terlalu lama jadi kuat," ujarnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong kenyataan Mia dan ada juga yang berkongsi pengalaman peribadi masing-masing berdepan isu burnout ini.
