Skip to main content

Berita

Serangan Udara Terhadap Iran: Rakyat Malaysia di Abu Dhabi Sangka Misil Sebagai Pasir yang Dicurah

Astro Gempak malaysia iran

Sekilas

  • Nur Hamiza Ahmad, rakyat Malaysia di Abu Dhabi, berkongsi pengalaman menakutkan apabila misil melintasi kawasan kediamannya akibat serangan ke atas Pangkalan Udara Al Dhafra oleh tentera Iran.
  • Serangan misil Iran menyasarkan beberapa pangkalan tentera AS di Teluk, termasuk Qatar, Bahrain, Kuwait, dan UAE, sebagai balasan kepada serangan AS-Israel di Iran.
  • Warga Malaysia di UAE diminta berjaga-jaga dan mengikuti arahan pihak berkuasa serta kedutaan sambil menunggu perkembangan terkini konflik yang semakin memuncak.

“Saya sangkakan pasir yang dicurahkan oleh lori di kawasan pembinaan berdekatan dengan rumah kami..rupa-rupanya misil.

"Perasaan amat menggerunkan apabila mengetahui keadaan sebenar," ," kongsi rakyat Malaysia yang tinggal di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Nur Hamiza Ahmad, suri rumah tiga anak yang mengikut suami bertugas di negara itu sejak dua tahun lalu.

Misil itu dikatakan disasarkan ke Pangkalan Udara Al Dhafra di selatan Abu Dhabi yang menjadi hab kritikal Tentera Udara Amerika Syarikat (AS), terletak kira-kira 50 kilometer (km) jaraknya dari kediaman beliau di Khalifa City.

"Amatlah ditakuti jika ia tersasar. Letupan amat kuat kedengaran sehingga menggegarkan rumah," katanya dengan suara gementar.

Nur Hamiza berkata, kumpulan WhatsApp rakan senegara turut melahirkan rasa kegentaran dengan pengalaman yang terlalu asing buat mereka.

"Saya amat bimbang tidak dapat pulang berhari raya akibat konflik ini. Semoga peperangan berakhir segera dan ruang udara dibuka semula.

"Tiket pulang pun sudah dibeli. Ole-ole pun sudah saya siapkan untuk adik-beradik," katanya yang merancang untuk pulang ke Teluk Intan, Perak pada 16 Mac depan.
Ketika temu bual dijalankan, masih kedengaran lintasan misil yang menggegarkan rumah.

"Tidak kurang dari 10 misil melintas di atas bumbung rumah kami," katanya.

Beliau turut berkongsi tangkap layar pesanan dari syarikat telekomunikasi agar berlindung di bangunan selamat dan menjauhi tingkap, pintu dan kawasan lapang.

Katanya, ada pasangan rakan yang mengambil peluang hari minggu keluar memancing di laut diminta pulang ke darat oleh pihak berkuasa Abu Dhabi.

"Buat masa ini kami hanya mampu berdoa agar kami selamat.. juga menunggu arahan pihak kedutaan dan memantau berita terkini dari masa ke semasa," katanya.

Tentera Iran memaklumkan bahawa pihaknya melancarkan serangan ke atas empat tapak ketenteraan AS di Qatar, Bahrain, Kuwait dan UAE sebagai tindak balas terhadap serangan bersama AS-Israel di seluruh Iran, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sasaran termasuk Pangkalan Udara Al Udeid di Qatar, Pangkalan Udara Al Salem di Kuwait, Pangkalan Udara Al Dhafra di UAE serta armada tentera laut AS di Bahrain, menurut Agensi Berita Fars Iran.

AS dan Israel mula melancarkan serangan ke atas beberapa lokasi di seluruh Iran pada Sabtu, termasuk di ibu negara Tehran, ketika ketegangan antara negara terbabit memuncak menjadi konflik terbuka.

Gelombang peluru berpandu turut dilancarkan oleh tentera Iran ke arah Israel. -BERNAMA

Anda mungkin berminat dengan

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Naelofar Iznik Sejadah

Naelofar Iznik Sejadah

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Must-Watch Video

Advertisement