Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencuri perhatian apabila mengumumkan bakal melancarkan sebuah lagu terbaru yang dijangka disiarkan di TV dan radio tidak lama lagi.
Menerusi perkongsian di platform Thread, pengasas D'Herbs Holding itu berkongsi hasratnya untuk tampil dengan single baharu sambil menyifatkan nyanyian sebagai bakat terpendam.
Advertisement
"Saya nak kongsikan saya punya VLOG sebagai seorang artis yang tersohor bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara seperti Scotland, America, Jepun dan Indonesia.
"Nantikan lagu terbaru dari penyanyi nombor satu Malaysia yang dibanggakan rakyat jelata. Nantikan," katanya.
Menjengah ke ruangan komen, ada yang terhibur dengan pengumuman tersebut, malah tidak kurang juga yang berseloroh menyamakan suaranya kedengaran seperti katak.
Antara komen yang ditinggalkan ialah:

Sekadar rekod, Aliff pernah menghasilkan beberapa lagu solo dan kolaborasi bersama selebriti lain antaranya Iman Troye, Baby Shima, Sajat serta Lucinta Luna.
Beberapa karyanya sebelum ini pernah menjadi tular termasuk Bobo di Mana, Chu Ku Chuk Raya, Abang Nak Tegur, Baby Sayang dan banyak lagi.
Terdahulu, muzik video raya Aliff berjudul Kelepok Raya yang dilancarkan pada 2022 telah mencetuskan kontroversi apabila dikritik kerana menampilkan aksi penari lelaki yang disifatkan kurang sesuai dengan sambutan Aidilfitri.
Walaubagaimanapun, Aliff menarik nafas lega apabila dia dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Sepang.