Skip to main content

Selebriti

Rasa Rimas Dengan Orang, Nabila Huda Mahu 'Hilang' Buat Seketika - "Ada Sesuatu Yang Tak Kena.."

Nabila Huda Ingin Membawa Diri

Pelakon, Nabila Huda mendedahkan dirinya kini berada dalam fasa ingin menjauhkan diri daripada orang sekeliling dan media sosial.

Menerusi perkongsian di laman Instagram Story miliknya, Nabila atau lebih dikenali sebagai Abil berkata dia tidak mempunyai keinginan untuk berinteraksi dengan sesiapa dan hanya mahu mencari ketenangan diri.

Advertisement

"Ada sesuatu yang tak kena dengan diri saya sejak kebelakangan ini.

"Saya tak rasa nak jumpa orang,  bercakap, membalas mesej, memuat naik hantaran atau pura-pura mengambil berat tentang apa yang berlaku di sekeliling saya. Saya langsung tiada mood.

"Bukan sebab saya sedih atau marah cuma saya rasa seperti ingin menjauhkan diri dari segala perkara untuk sementara Waktu. Jauh dari bunyi bising dan orang. Saya cuma perlukan ketenangan," ujarnya.

Aktres yang terkenal menerusi Makrifat Cinta itu turut akui tiada tenaga untuk menyembunyikan perasaannya dan seolah-olah terpanggil untuk berehat seketika daripada dunia luar.

"Saya tiada tenaga untuk berpura-pura okay atau teruja dengan perkara yang tidak lagi bangkit dalam diri saya. Saya tak nak ambil tahu apa yang terjadi di sekeliling saya termasuklah berita dan gosip terkini.

"Bukan sebab benci tapi cuma sebab rimas. Rimas dengan orang, sosial media dan bunyi yang berterusan. Bunyi yang buatkan saya rasa nak sembunyi dan diam sahaja. Mungkin jiwa saya sedang minta untuk di-reset semula,"katanya.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement