Skip to main content

Berita

Pertubuhan Perlindungan Kanak-Kanak Malaysia Lancar Kempen ‘Safe Child, Strong Nation’

Safe Child Strong Nation

Sekilas

  • Pertubuhan Perlindungan Kanak-Kanak Malaysia (CPSM) melancarkan kempen kebangsaan 'Safe Child, Strong Nation' untuk tingkatkan kesedaran tentang keselamatan kanak-kanak di Malaysia sepanjang tahun 2026.
  • Kempen ini melibatkan tokoh terkenal dari pelbagai bidang dan fokus pada empat teras utama iaitu Lindungi, Memperkasa, Didik, dan Lapor bagi melindungi kanak-kanak daripada penderaan, buli, dan eksploitasi.
  • CPSM menyeru semua lapisan masyarakat, sektor awam dan swasta untuk bersama-sama memainkan peranan dalam memastikan kanak-kanak membesar dalam persekitaran yang selamat dan menyokong masa depan negara.

Pertubuhan Perlindungan Kanak-Kanak Malaysia (CPSM) hari ini melancarkan sebuah kempen kesedaran peringkat kebangsaan iaitu ‘Safe Child, Strong Nation’.

Kempen ini dilancarkan ketika kebimbangan terhadap penderaan kanak-kanak, eksploitasi seksual, buli, kecederaan emosi dan keselamatan dalam talian terus memberi kesan kepada kanak-kanak di seluruh Malaysia.

Sepanjang tahun 2026, kempen ‘Safe Child, Strong Nation akan menyatukan suara-suara berpengaruh Malaysia daripada bidang sukan, hiburan, perniagaan, media dan kepimpinan masyarakat termasuk Datuk Nicol David, Che Puan Sarimah Ibrahim, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Farah Ann Abdul Hadi bagi memperkukuhkan kesedaran mengenai keselamatan kanak-kanak di seluruh negara.

Melalui program pendidikan awam dan kempen kesedaran, inisiatif ini bertujuan melengkapkan kanak-kanak, ibu bapa, pendidik dan komuniti dengan pengetahuan serta keyakinan untuk mengenal pastu risiko, bertindak awal dan mewujudkan persekitaran yang lebih selamat agar kanak-kanak dapat membesar dan berkembang dengan sejahtera.

Pertubuhan Perlindungan Kanak-Kanak Malaysia menjunjung setinggi-tinggi kasih atas perkenan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang telah menerima pelantikan sebagai Penaung Diraja pada tahun 2025.


Kempen ini telah dilancarkan hari ini di Serai House, Seri Negara, oleh Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff, Pengasas dan Presiden CPSM, YM Tengku Datuk Asra Jehan Tengku Tan Sri Azlan, Pengerusi CPSM Cawangan Kuala Lumpur, Puan Foo Su Lynn, Pengarah Komunikasi dan Kelestarian Astro dan wakil D11 PDRM Malaysia.

Majlis pelancaran tersebut turut menyaksikan gimik pelancaran simbolik melalui pelepasan empat belon yang mewakili empat teras utama kempen iaitu Protect (Lindungi), Empower (Memperkasa), Educate (Didik) dan Report (Lapor).

Ia menjadi peringatan bahawa usaha melindungi kanak-kanak memerlukan kesedaran, tindakan dan tanggungjawab bersama daripada semua lapisan masyarakat.

Sementara itu, YBhg. Nurul Izzah Anwar tidak dapat hadir sebagai tetamu kehormat namun beliau tetap menzahirkan sokongannya terhadap kempen berkenaan.

“Cara sesebuah negara melayan kanak-kanaknya adalah ukuran paling benar terhadap nuraninya.

“Kanak-kanak yang kita lindungi hari ini akanmembesar menjadi warganegara yang membina masa depan.

“Manakala kanak-kanak yang kita gagal lindungi akan membawa kesan kemudaratan itu ke dalam keluarga, komuniti dan negara yang masih kita bentuk bersama.

“Kanak-kanak yang berada dalam krisis bukanlah isu pinggiran dasar semata-mata; mereka adalah ujian sama ada belas ihsan kita mampu seiring dengan cita- cita kita.

“Melindungi kanak-kanak merupakan usaha asas tetapi penBng dalam pembinaan negara. ‘Safe Child, Strong Nation’ mengingatkan kita kepada satu hakikat yang setua keadilan itu sendiri.

“Lindungilah golongan paling muda dalam kalangan kita, maka kita memperkukuhkan seluruh masyarakat. Malaysia yang melindungi kanak-kanaknya ialah Malaysia yang akan terus teguh dan lestari,” ujarnya.

Sementara itu, sebagai peneraju utama kempen ‘Safe Child, Strong Nation’, YM Tengku Datuk Asra Jehan Tengku Tan Sri Azlan yang juga merupakan Pengerusi CPSM Cawangan Kuala Lumpur, menegaskan kepentingan tanggungjawab bersama dalam melindungi kanak-kanak.

“Seorang anak memerlukan seluruh komuniti untuk membesarkannya dan seluruh negara untuk melindunginya.

“Perlindungan kanak-kanak bermula dengan kesedaran, pendidikan dan kesediaan orang dewasa untuk mengenal pasti tanda-tanda amaran serta bertindak sebelum seseorang kanak-kanak menjadi mangsa atau terdedah kepada risiko,” tegasnya.

Beliau turut berkata bahawa perlindungan kanak-kanak tidak seharusnya dilihat sebagai satu bentuk kebajikan semata-mata, tetapi sebagai komitmen terhadap pembinaan negara kerana masa depan negara bergantung kepada usaha memastikan setiap kanak-kanak berpeluang membesar dalam keadaan selamat, mendapat sokongan dan diperkasakan.

Kempen ini juga merupakan satu seruan tindakan kepada sektor awam, swasta dan komuniti untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam usaha perlindungan kanak-kanak.

CPSM berharap dapat bekerjasama dengan syarikat korporat, yayasan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan rakan komuniti bagi memperluaskan jangkauan pendidikan keselamatan kanak-kanak, advokasi dan program pencegahan di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, layari: www.cpsm.org.my atau e-mel kepada [email protected]

Untuk bantuan perlindungan kanak-kanak atau saluran pelaporan sila hubungi:
Hotline Talian Kasih: 15999
WhatsApp Talian Kasih: +6019 261 5999

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement