Skip to main content

Viral

Pengantin Lelaki Maut Helikopter Terhempas Beberapa Jam Selepas Kahwin

Astro Gempak pengantin terhempas

Sekilas

  • Pengantin lelaki, Dave Fiji, maut dalam nahas helikopter beberapa jam selepas majlis perkahwinannya di Dawson County, Georgia.
  • Helikopter yang dinaiki bersama juruterbang terhempas dipercayai akibat cuaca buruk dan melanggar pokok berhampiran lokasi majlis.
  • Isteri Dave, seorang jururawat, mengalami kecederaan dan cuba membantu suaminya sebelum menyedari dia sudah meninggal dunia.

Pesta perkahwinan yang sepatutnya disambut meriah dan penuh bahagia bertukar duka hanya selepas beberapa jam kedua mempelai selamat disatukan apabila pengantin lelaki meninggal dunia selepas helikopter yang dinaiki terhempas.

Tragedi duka itu menyebabkan pengantin lelaki yang dikenali sebagai Dave Fiji meninggal dunia pada usia 25 tahun. Turut maut adalah juruterbang helikopter tersebut.

Fiji yang juga merupakan seorang juruterbang Delta Air Lines maut dengan isterinya, Jessni, mengalami kecederaan dalam insiden yang berlaku di Dawson County, Georgia pada 29 Mei lalu, lapor Atlanta News First.

Pengantin wanita yang merupakan seorang jururawat itu dikatakan cuba memanggil dan menyentuh suaminya selepas terperangkap di dalam kemalangan itu selama enam jam, namun lelaki itu sudah meninggal dunia.

“Dia melihat suaminya berlumuran darah dan sebagai seorang jururawat, apabila menyentuhnya dia tahu lelaki itu telah meninggal dunia,” ujar satu sumber.

Menerusi laporan sama, tragedi berlaku hanya beberapa jam selepas keduanya selamat berkahwin di sebuah kawasan desa kecil di The Revere di Dawsonville. Majlis mereka berlangsung meriah dengan kehadiran sekitar 400 tetamu.

Selepas selamat disatukan, pasangan pengantin baharu itu menaiki helikopter tersebut menuju ke sebuah hotel untuk menikmati malam pertama mereka sebagai suami isteri.

Bagaimanapun helikopter tersebut telah terhempas berdekatan lokasi majlis perkahwinan mereka dipercayai kerana cuaca buruk. Helikopter tersebut didakwa telah melanggar pokok dan terhempas di antara pepohon yang tinggi di kawasan sama.

Bapa mangsa juga dirakamkan mendakwa anaknya enggan berlepas dengan helikopter tersebut selepas mengetahui keadaan cuaca buruk yang boleh mengakibatkan kemalangan. Namun juruterbang meyakinkan perjalanan mereka akan selamat.

Anda mungkin berminat dengan

MILVUS M13064 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Ladies Straight Cut Pants

MILVUS M13064 Seluar Wanita Potongan Lurus S-XXL | Ladies Straight Cut Pants

【READY STOCK AT MALAYSIA】Korean Women Sleeveless Singlet Inner Crop Top Shirt Turtleneck Camisole female Tight-fitting

【READY STOCK AT MALAYSIA】Korean Women Sleeveless Singlet Inner Crop Top Shirt Turtleneck Camisole female Tight-fitting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

HABIB 916 22K Yellow Gold Charm 6800027Y

HABIB 916 22K Yellow Gold Charm 6800027Y

OFVOGUE Suit Pants High Waist Elastic Waist Straight Leg Pants Women Casual Pants Seluar Slack Wanita Slimming Wide Leg

OFVOGUE Suit Pants High Waist Elastic Waist Straight Leg Pants Women Casual Pants Seluar Slack Wanita Slimming Wide Leg

(BELLAHAZAHA) KAFTAN DRESS LENGAN 3 SUKU, KUALITI UPGRADE, BAJU TIDUR PEREMPUAN, KAIN SERAP PELUH

(BELLAHAZAHA) KAFTAN DRESS LENGAN 3 SUKU, KUALITI UPGRADE, BAJU TIDUR PEREMPUAN, KAIN SERAP PELUH

Must Watch Video

Advertisement