Skip to main content

Viral

Pembantu Kantin Miliki 100 Video Lucah, Didenda RM2,000! - "Tertuduh Mengaku Menyesal & Insaf"

Astro Gempak pembantu kantin lucah

Sekilas

  • Seorang pembantu kantin, Siti Munirah Muhamad, dijatuhi denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon bimbitnya.
  • Kesalahan itu dikesan selepas serbuan polis di Kampung Kubang Telaga dan pengesahan laporan forensik terhadap telefon bimbit jenis Realme 9 miliknya.
  • Mahkamah menetapkan hukuman penjara enam bulan jika denda gagal dibayar, dengan tertuduh yang juga ibu tunggal berpendapatan rendah memohon hukuman denda sahaja.

Seorang pembantu kantin dijatuhi hukuman denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Bachok, Kelantan pada Khamis kerana kesalahan memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon bimbit miliknya, awal April lalu.

Tertuduh, Siti Munirah Muhamad, 32, dihukum Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didapati memiliki sebuah telefon bimbit jenis Realme 9 yang mengandungi kira-kira 100 rakaman video lucah di sebuah rumah di Kampung Kubang Telaga pada jam 8 malam, Isnin lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, serbuan dilakukan sepasukan polis dari Cawangan D11 (Seksual/Cyber) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan bersama beberapa unit lain hasil maklumat Op Cyber Guardian.

Pemeriksaan ke atas telefon bimbit milik tertuduh menemukan bahan pornografi yang disimpan dalam peranti berkenaan.

Susulan itu, pihak polis merampas telefon terbabit untuk siasatan lanjut sebelum laporan forensik mengesahkan kewujudan kandungan berunsur lucah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aiman Syahmi Yazid manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Norizaidah Abdul Salam.

Pada prosiding itu, peguam memberitahu anak guamnya itu juga seorang ibu tunggal dan memohon hukuman denda kerana hanya berpendapatan RM35 sehari.

"Tertuduh mempunyai anak perempuan berusia 15 tahun yang dijaga oleh ibu bapanya. Tertuduh mengaku menyesal dan insaf serta berjanji tidak akan mengulangi kesalahan selain akan memberi teladan baik kepada anaknya,” katanya.

Muhammad Aiman Syahmi bagaimanapun memohon hukuman setimpal yang dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang lain.

Mahkamah kemudian mengenakan hukuman berkenaan atau penjara enam bulan jika denda gagal dijelaskan dan tertuduh menjelaskan denda tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Must-Watch Video

Advertisement