Skip to main content

Berita

Pemandu Pandu Melulu Ditahan Bantu Siasatan Kemalangan Lima Maut Di Kluang

Pemandu kemalangan simpang renggam ditahan

Sekilas

  • Polis menahan seorang lelaki berusia 19 tahun bagi membantu siasatan kemalangan lima kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Jalan Renggam–Simpang Renggam, Kluang.
  • Kemalangan berlaku apabila BMW 530e yang dipandu abang lelaki tersebut hilang kawalan dan melanggar beberapa kenderaan lain, menyebabkan kematian pemandu BMW dan empat penumpang Toyota Vios.
  • Beberapa mangsa cedera kini dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, manakala pemandu Mercedes Benz A250 yang ditahan didapati negatif dadah.

Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes kemalangan membabitkan lima kenderaan yang menyebabkan lima individu maut di Kilometer 27, Jalan Renggam–Simpang Renggam, Kluang.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata lelaki berusia 19 tahun itu dipercayai memandu Mercedes Benz A250 secara laju dan melulu bersama sebuah BMW 530e dipandu lelaki tempatan berusia 22 tahun yang juga abangnya

Menurutnya, kemalangan pada 1.15 tengah hari itu berlaku apabila BMW 530e hilang kawalan di lokasi kejadian sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira dan sebuah lagi Mercedes Benz.

Kemalangan itu menyebabkan pemandu BMW 530e maut selepas kenderaannya memasuki gaung, serta empat yang lain iaitu pemandu Toyota Vios, lelaki tempatan berusia 36 tahun, isteri berusia 33 tahun, dua ahli keluarga wanita berusia 73 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun.

"Pemandu dan penumpang Toyota Vios meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan. Pemandu BMW 530e pula meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata dua penumpang Perodua Alza, iaitu kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dan perempuan berusia tujuh tahun yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala sedang menerima rawatan di Zon Merah, Wad Kecemasan Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang.

Pemandu Perodua Alza, lelaki tempatan berusia 43 tahun pula mengalami kecederaan pada kaki, manakala pemandu Proton Wira, lelaki tempatan berusia 22 tahun cedera pada bahagian mulut.

Sementara itu, pemandu Mercedes Benz, wanita tempatan berusia 57 tahun hanya mengalami kecederaan ringan, manakala dua penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bahrin berkata kesemua mangsa yang cedera menerima rawatan di HEBHK, dan hasil ujian saringan air kencing mendapati lelaki berusia 19 tahun itu negatif dadah.

Pihak polis turut merampas Mercedes Benz A250 berkenaan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Awani menerusi Bernama

 

Anda mungkin berminat dengan

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

(27-58)MAN COTTON BIG SIZE STRAIGHT FIT OFFICE LONG PANTS PLEAT/NO PLEAT SELUAR LELAKI PANJANG COTTON

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

Must Watch Video

Advertisement