Skip to main content

Selebriti

Pasport Malaysia Kini Di Tangga Ketiga Dunia, Rakyat Berpeluang Nikmati Perjalanan Tanpa Visa Ke 174 Negara

Passport Ketiga Dunia

Ringkasan AI

  • Pasport Malaysia kini berada di tangga ketiga dunia dalam Ranking Pasport Index 2025.
  • Jabatan Imigresen Malaysia mengesahkan pencapaian ini menunjukkan kepercayaan antarabangsa terhadap keselamatan pasport Malaysia.
  • Pemegang pasport Malaysia boleh melancong ke 174 negara tanpa memerlukan visa.
  • Emiriah Arab Bersatu menduduki tempat pertama dalam Passport Power Rank, diikuti Singapura dan Sepanyol.
  • Malaysia berkongsi kedudukan ketiga bersama 15 negara lain termasuk Belgium, Perancis, dan Jerman.

Pasport Malaysia kini menduduki tangga ketiga dunia dalam Ranking Pasport Index 2025, satu penanda aras global bagi kedudukan pasport.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam hantaran di laman sosial memaklumkan pencapaian berkenaan mencerminkan kepercayaan dan pengiktirafan antarabangsa terhadap keselamatan dokumen perjalanan Malaysia yang diyakini di mata dunia.

"Pemegang pasport warganegara Malaysia menikmati kemudahan perjalanan tanpa visa ke 174 buah negara di seluruh dunia," menurut hantaran berkenaan.

Berdasarkan data menerusi www.passportindex.org, pasport Emiriah Arab Bersatu (UAE) berada di kedudukan pertama Passport Power Rank, diikuti oleh Singapura dan Sepanyol di tempat kedua.

Malaysia berada di kedudukan ketiga bersama-sama 15 negara lain, iaitu Belgium, Perancis, Jerman, Belanda, Finland, Luxembourg, Itali, Denmark, Portugal, Switzerland, Greece, Austria, Norway, Ireland dan Korea Selatan.

Sumber: Sinar Harian

Must-Watch Video

Advertisement