Skip to main content

Selebriti

"Mereka Yang Buat Hal, Saya Yang Kena.." Hafiz Mahamad Mohon Maaf Bagi Pihak Pekerja, Bakal Agihkan 50 Kotak Pizza Percuma

Hafiz Maaf Staff

Personaliti media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad membuat permohonan terbuka di media sosialnya berhubung tindakan pekerjanya yang didakwa tidak menjaga sensitiviti dengan memerli harga bisnes pizza milik pempengaruh, Cik Epal.

Menerusi perkongsian di Thread, Hafiz menjelaskan bahawa pekerjanya terlalu gembira dengan pizza buatannya sehingga tidak berfikir panjang ketika mengeluarkan kata-kata.

Advertisement

"Eh budak-budak ni. Semalam saya buatkan pizza untuk semua pekerja, mungkin dah seronok sangat sampai terlepas cakap atau alah gurau. Yang post pula tak cut sebab tak tahu pasal tu atau terlepas pandang," katanya

Dalam masa sama, Hafiz turut berharap agar insiden tular ini menjadi pengajaran bermakna buat pekerjanya sambil mengumumkan bakal mengedarkan 50 pizza percuma di hadapan premis jualannya sebagai tanda permohonan maaf.

"Saya mewakili pekerja saya ingin memohon maaf. Saya harap pekerja saya pun tidak bersedih dan jadikan ia sebagai pengajaran. 

"Saya dah maklumkan pada mereka. Nanti saya belanja pizza untuk 50 orang sabtu ni di depan Ainaa Clinic. Mereka buat hal, saya yang kena buat doh dan sos sampai 50 kotak sebagai tanda minta maaf," ujarnya.

Terdahulu, salah seorang pekerja Hafiz telah mencetus perdebatan warganet kerana memerli harga pizza Cik Epal ketika sedang menikmati pizza buatan Hafiz menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun rasmi perniagaan mereka.

Must-Watch Video

Advertisement