Skip to main content

Selebriti

Kediaman Erysha Emyra Dipecah Masuk, Duit & Barang Kemas Lesap - "Dia Kopak Guna..."

Erysha emyra pecah masuk

Sekilas

  • Pelakon Erysha Emyra berkongsi pengalaman sedih apabila rumah keluarganya dipecah masuk ketika dia sedang berbuka puasa di luar.
  • Barang yang hilang termasuk duit dan barang kemas, manakala pelaku meninggalkan pisau di atas meja selepas mencungkil almari berkunci.
  • Keluarga Erysha telah membuat laporan polis dan kejadian itu memberi pengajaran supaya lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.

Pelakon, Erysha Emyra berkongsi pengalaman sedih apabila rumah keluarganya telah dipecah masuk, baru-baru ini.

Menurut Emyra, kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang pergi berbuka puasa di luar dan tiba tiba menerima panggilan dari adik beradiknya.

"Ketika kejadian itu berlaku saya tiada di rumah sebab pergi berbuka puasa di luar. Tiba-tiba saya terima panggilan daripada adik beradik saya yang ketika itu berada di rumah sambil menangis," katanya.

Erysha berkongsi perkara tersebut menerusi temu bual radio ERA FM.

Dalam masa sama, Erysha turut berkongsi antara barang yang telah diambil termasuklah duit dan barang kemas.

Lebih mengejutkan, pelaku tersebut turut meninggalkan sebilah pisau di atas meja selepas mencungkil almari yang berisi barang berharga tersebut.

"Barang-barang yang hilang termasuklah duit, barang kemas. Lagipun ibu bapa saya baru sahaja keluarga duit sebab nak balik kampung.

"Semua hilang walaupun dah letak dalam almari yang berkunci. Dia kopak guna pisau dan tinggal atas meja kami," ujarnya.

Pelakon drama Satu, Dua...Dia itu turut berkata bahawa dia dan keluarga telah membuat laporan polis dan siasatan sedang dijalankan.

"Saya tak pasti ada cap jari pada pisau itu ke tidak tapi harapnya ada. Kami pun dah buat laporan polis dan sekarang dalam siasatan," katanya lagi.

Susulan daripada kejadian tersebut, Erysha berkata ia memberikan pengajaran bermakna buat dia dan keluarganya agar lebih berwaspada dan peka dengan keadaan sekeliling.

"Saya sedih tapi okay sahaja. Selepas kejadian itu, ia beri peringatan kepada kami agar lebih berhati-hati pada masa hadapan.

"Jangan terlalu selesa sangat sebab kami dah duduk di situ selama lebih 20 tahun dan tak pernah jadi apa-apa. Jadi, bila ia berlaku, kami semua terkejut," kongsinya sambil menahan sebak.

Anda mungkin berminat dengan

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Must-Watch Video

Advertisement