Skip to main content

Berita

Imam Sambilan Mengaku Bersalah, Didenda RM8,000 Rakam Adik Ipar sedang Mandi

Astrogempak Mahkamah

Sekilas

  • Seorang imam sambilan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah merakam adik iparnya mandi menggunakan telefon bimbit pada 24 Mac lalu.
  • Kesalahan itu berlaku di rumah nenek mereka semasa keluarga berkumpul sempena Aidilfitri di Kok Lanas, Ketereh, dan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
  • Mahkamah menjatuhkan hukuman denda dan penjara 12 bulan jika gagal membayar, dengan mengambil kira latar belakang tertuduh sebagai imam dan tanggungjawab keluarga.

Imam sambilan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret, selepas mengaku bersalah atas tuduhan merakam adik iparnya sedang mandi dengan menggunakan telefon bimbit, pada 24 Mac lalu.

Tertuduh yang berusia 36 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan dan mengganggu kesantunan seorang wanita berusia 27 tahun apabila merakamnya yang sedang mandi menggunakan telefon bimbit.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Kok Lanas, Ketereh di sini, jam 6.30 petang 24 Mac 2026.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, mangsa adalah adik ipar tertuduh menyedari terdapat sebuah telefon bimbit yang merakamnya sedang mandi.
Wanita itu membuat pemeriksaan sebelum mendapati telefon bimbit yang diletakkan di atas dinding bilik air adalah milik abang iparnya.
Mangsa kemudian mengambil telefon bimbit itu kerana bimbang video itu tersebar dan membuat laporan polis.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nadzir Abdullah, manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Najwa Fahima Mohamad Fadzil.

Terdahulu, Muhammad Nadzir memohon hukuman setimpal kerana mangsa dalam kes itu adalah adik iparnya.

Katanya, pihak mahkamah perlu mengambil kira kejadian itu berlaku di rumah nenek mereka semasa keluarga sedang berkumpul sempena Aidilfitri.

"Tertuduh adalah imam sambilan di sebuah surau di Shah Alam, Selangor," katanya.

Najwa Fahima memohon mahkamah hanya memberi denda minimum kerana tertuduh sudah insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan pada masa akan datang.

Katanya, tertuduh menanggung isteri dan dua anak dengan salah seorang daripadanya menghidap penyakit jantung berlubang.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Rais Imran menegur perbuatan tertuduh selepas mengambil kira lelaki itu mempunyai latar belakang bidang undang-undang dan menjadi imam sepatutnya memimpin keluarga termasuk menjaga maruah adik iparnya sendiri.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM8,000 dan penjara 12 bulan jika gagal membayar denda itu.

Sumber: Berita Harian

Anda mungkin berminat dengan

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Must-Watch Video

Advertisement