Skip to main content

Selebriti

Buang Filler Dalam Badan, Nadira Isaac Kembali Kepada Bentuk Semula Jadi - "Lindungi Kesihatan Diri, Jangan Ikut Trend Semasa

Bakar isteri

Sekilas

  • Nadira Isaac berkongsi dia sudah kembali ke bentuk tubuh asal selepas menjalani rawatan membuang filler di hospital.
  • Dia menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terikut-ikut trend memasukkan bahan asing ke dalam badan kerana risiko kesan sampingan.
  • Keputusan itu dibuat demi kesejahteraan jangka panjang dan untuk memberi kesedaran tentang pentingnya menjaga kesihatan serta menerima diri seadanya.

Model dan pempengaruh, Nadira Isaac berkongsi bahawa dia kini kembali kepada bentuk tubuh asal selepas menjalani rawatan membuang filler di sebuah hospital.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nadira turut menyampaikan nasihat daripada doktor agar orang ramai tidak memasukkan bahan asing ke dalam tubuh hanya kerana mengikut trend semasa.

"Alhamdulillah, saya kembali kepada bentuk semula jadi saya. Doktor nasihat jangan semudah itu meletakkan filler di bahagian punggung atau dada.

"Ia mungkin nampak okay pada awalnya, namun kesan sampingannya akan menyusul. Lindungi kesihatan diri awak. Jangan terlalu ikutkan trend semasa,"tulisnya.

Katanya lagi, keputusan tersebut dibuat demi kesejahteraan diri dalam jangka panjang serta memberi kesedaran baharu tentang kepentingan menjaga kesihatan dan menerima diri seadanya.

"Jadi pada tahun 2026 ini, saya membuat keputusan untuk membuang segalanya dan saya memilih bentuk asal saya 100 peratus. Saya pilih untuk kembali pada apa yang sepatutnya jadi kepunyaan saya. Tubuh badan, muka serta jiwa semula jadi," ujarnya.

Perkongsian itu meraih perhatian ramai dengan rata-rata netizen memuji tindakannya yang dianggap berani, selain mendoakan agar dia terus diberikan kesihatan yang baik dan pulih sepenuhnya.

Anda mungkin berminat dengan

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

GOOJODOQ 2 in 1 Handheld Camera Fan

GOOJODOQ 2 in 1 Handheld Camera Fan

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement