Skip to main content

Berita Tempatan

"Tak Nak Anak Haram, Nak Anak Halal" - Ini Penjelasan Abby Abadi Pada Bakal Keluarga Angkat

abbyyya.jpg
Pelakon dan bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi menasihati orang yang mahu mengambil anak angkat supaya tidak mempertikan status bayi tersebut.

Menerusi entri di Instagram (IG), Abby berkongsi pelbagai kisah yang pernah dialami olehnya sepanjang menjadi 'orang tengah' untuk mengatasi masalah pembuangan bayi.

"Ini kes semalam. Tapi dah selesai semalam juga. Cuma nak bagitau Baby ni ibunya orang Indonesia ye.

"Punyalah comel. Putih merah. Mula-mula tengok macam nak tambah lagi Baby saya tapi tau tak mampu sebab tak cukup tangan dah.

"Saya minta maaf siap-siap ye. Pada yang nak baby, tapi memilih-milih sangat, nak begitu nak begini, tak nak anak haram, nak anak halal. bla bla bla.

"Memang harapan tipis untuk saya layan. Mentang-mentanglah boleh pilih, boleh pulak mmacam-macam permintan ye.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ini kes semalam. Tapi dah selesai semalam juga. Cuma nak bagitau Baby ni ibunya org Indonesia ye ☺️ . Punyalah comel. Putih merah. Mula2 tengok mcm nak tambah lagi Baby Sy.. Tp tau tak mampu sbb tk cukup tangan dah ?? . Sy minta maaf siap2 ye. Pada yg nak baby, tp memilih2 sangat, nk begitu nk begini.. taknak anak haram, nk anak halal.. bla bla bla.. Memang harapan tipis utk Sy layan. Mentang2 lah buleh pilih, buleh pulak mcm2 permintan ye . Setakat ni Alhamdullillah, dah banyak kes selesai. Gembiranya mereka dpt baby, sy pun tumpang happy sekali. Nak suruh dorang mengaku kat sini, mcm payah pulak ? Yg pasti, rezeki milik mereka sbb mudah berurusan & tak banyak songel Sekian ? . Ps: Ada byk kes baru ni. Bersmbung di gambar sebelah ?

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on


"Setakat ni Alhamdullillah, dah banyak kes selesai. Gembiranya mereka dapat baby, saya pun tumpang happy sekali. Nak suruh dorang mengaku kat sini, macam payah pulak. Yang pasti, rezeki milik mereka sebab mudah berurusan dan tak banyak songel. Sekian," tulisnya.

Rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Abby dan berharap agar keluarga yang mahu mengambil bayi sebagai anak angkat supaya tidak mempertikaikan status sebaliknya menjaga bayi tersebut dengan baik.

Must-Watch Video

Advertisement