Isteri pelawak Atu Zero, Shafeeqa Johari berkongsi telatah lucu suaminya ketika berada di rumah.
Shafeeqa menceritakan momen mencuit hati itu menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya semalam.
Coretan itu juga turut disertakan dengan foto Atu sedang memeluk seekor kambing sewaktu membuat persembahan di Muzikal Lawak Superstar pada Jumaat lalu.
“Realitinya di dalam rumah tangga dia @akueatu sebagai seorg bapa dan suami juga berperangai begini.
“Lain yang suruh ambil lain yang kita dapat. Suruh ambil senduk nasi, sudu dia ambil. Janji boleh angkat nasi dia kata.
“Esok nanti jangn ambil salah anak dari sekolah ye b. Aku jerit satu taman kang. Siapa yang mewarisi bapaknya? Tentulah Sumayyah... Pening lah. #realitikehidupan #muzikallawaksuperstar,” tulisnya.
Atu dan Shafeeqa telah berkahwin pada 8 Februari 2016 di kediaman wanita itu di Batu Pahat, Johor.
Mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan, Sumayyah yang kini berusia tiga tahun.
Dalam perkembangan terbaru, Shafeeqa baru sahaja melahirkan cahaya mata kedua mereka pada 20 April lalu.
MLS bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.
Untuk mengundi bintang, undian boleh dilakukan secara:
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/muzikallawaksuperstar
2.Taip MLS <jarak> NAMA KUMPULAN atau MLS (3/5/10/20) <jarak> NAMA KUMPULAN untuk (3/5/10/20) undian ke 32777.
Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.muzikallawaksuperstar.gempak.com