Skip to main content

Berita Tempatan

"Patut Ke Saya Botakkan Rambut?" - Muzik Video Lagu Raya Aliff Syukri Trending Nombor Satu Di YouTube

jomrayabefunky-collage.jpg
Lagu raya terbaru nyanyian usahawan Datuk Seri Aliff Syukri bersama Zizi Kirana dan Bella Astillah yang berjudul Jom Raya telah trending nombor satu di YouTube dalam tempoh masa kurang 15 jam.

Perkara itu dikongsi Aliff menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Di entri tersebut, Aliff bertanya  kepada netizen sama ada dia harus membotakkan rambutnya sempena kejayaan lagu terbarunya itu.

"Patut ke saya botakkan rambut? kalau ramai yang komen botak di ruangan komen di bawah, saya akan botakkan rambut malam ini.

"Sebab lagu ni trending nombor satu mengalahkan lagu yang lain, tak sampai 15 jam dan jumlah tontonan lebih 500,000.

"Saya terkejut, anda dah tengok ke belum?" tulisnya sebagai kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mencadangkan usahawan ini untuk membotakkan kepalanya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

patut ke saya botakkan rambut?? kalau ramai yg komen botak di ruangan komen di bawah saya akan botakkan rambut nalam ni . . sbb lagu ini tranding no1 mengalah lagu yg lain.. tak sampai 15jam dan jumlah tontonan lebih 500ribu❤️❤️.. sy terkejut.. anda dah tengok kee belum?? gi tengok di youtube jomraya sekrg. harap korang request lagu ni di redio...dan sila komen di bawah knp lagu #jomraya korang suka?????? . . jom buat perodi,dance ,tiktok lagu #jomraya dri sy @zizi_kirana dan penampilan khas @bellaastillah ciptaan @amyuks ??? 5org yg bertuah yg tag akan memenangi wang duit raya dari saya...... pemenag saya akan PM dan sy akan posting di ig sy ..okey esok jam 6ptg nak tau pemenag?? .

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on


Baru-baru ini, kontroversi mengenai lagu Jom Raya tercetus apabila usahawan Nursajat berasa kecewa dengan Aliff yang tidak memilihnya sebagai rakan duet dalam lagu tersebut.

Namun begitu, Aliff sendiri telah memohon maaf kepada rakannya itu dan difahamkan, keadaan mereka baik-baik sahaja.

Advertisement

Must-Watch Video