Skip to main content

Berita Antarabangsa

Nikita Mirzani Minta Cerai Atau Diceraikan?

nikitabefunky-collage.jpg
Personaliti dan aktres Indonesia, Nikita Mirzani didakwa menuntut cerai di sebuah Jabatan Agama Islam di Jakarta pada bulan lepas.

Menurut sumber, fail penceraian tersebut sudah diproses namun pada masa yang sama, ada khabar angin mengatakan Nikita sebenarnya telah diceraikan oleh suaminya Dipo Latief pada 5 Julai lalu.

Peguam Dipo, Asfa Davy Bya telah tampil membuat kenyataan tentang isu penceraian tersebut.

"Ya benar, Dipo dan Nikita telah menikah pada 18 Februari namun, saya juga ingin menjelaskan bahawa Dipo telah menceraikan Nikita secara lisan pada 5 Julai yang lalu," katanya.

Namun begitu, Nikita menafikan perkara terbabit dan masih ingin menuntut cerai dari Dipo.

Sumber : www.liputan6.com

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement