Skip to main content

Berita Tempatan

"Mimpi Menjadi Kenyataan" - Suami Hadiahkan Plat Istimewa Buat Abby Abadi

abbykeretabefunky-collage.jpg
Suami kepada pelakon Abby Abadi, Faizal Zakaria menghadiahkan plat istimewa bertulis 'Abby Abadi untuk kereta isterinya itu.

Perkara itu dikongsi Faizal menerusi entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

"Sayang, cantikkan, mimpi jadi kenyataan," tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dengan perkara tersebut.

Abby, 41, mendirikan rumah tangga dengan Faizal, 44, pada 14 Ogos 2015.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sayang cantikkan @abby_abadi112 . Mimpi menjadi kenyataan hehehehehehe

A post shared by Faizal Zakaria (@jaiezzany) on


Sebelum ini, Abby pernah berkahwin dengan Norman pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.

Hasil perkahwinan, Abby dan Norman dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement